Pelancaran Ciri Pelbagai Mata Wang untuk Akaun Pay&Save bagi Pemilik Tunggal
Kuala Lumpur, 20 Jun 2025
Pelanggan yang dihormati,
Dengan sukacitanya kami ingin mengumumkan bahawa mulai 14 Julai 2025, ciri Pelbagai Mata Wang (MCF) akan didayakan untuk Akaun Pay&Save bagi Pemilik Tunggal. Ciri MCF ini akan memudahcarakan Pemilik Tunggal untuk menguruskan transaksi dalam 12 mata wang asing.
Sila layari di sini untuk maklumat lanjut mengenai Akaun Pay&Save untuk Pemilik Tunggal.
Terima Kasih.