TEMPOH PROMOSI

1. “Promosi 3-bulan Deposit Tetap Dalam Talian/Deposit Tetap-i Dalam Talian” (“Promosi”) Hong Leong Bank Berhad [193401000023 (97141-X)] (“HLB”) / Hong Leong Islamic Bank Berhad [200501009144 (686191-W)] (“HLISB”) (secara kolektif dirujuk sebagai “Bank”) bermula pada 6 Mei 2020 dan berakhir pada 30 Jun 2020, termasuk kedua-dua tarikh, atau apabila mencapai jumlah saiz dana seperti yang dinyatakan dalam Klausa 12 di bawah, mengikut mana-mana yang dahulu (“Tempoh Promosi”), melainkan diberitahu sebaliknya.

 

Terma & Syarat

Terma dan syarat Promosi adalah seperti berikut:

 

KELAYAKAN

2. Promosi terbuka kepada individu yang merupakan pemegang akaun utama bagi Akaun Semasa atau Simpanan HLB/Akaun Semasa-i atau Simpanan-i HLISB (“CASA/CASA-i”) dan yang telah mendaftar diri untuk Hong Leong Connect sebelum atau semasa Tempoh Promosi (“Pelanggan”). Pelanggan layak membuka atau mengendalikan Akaun Deposit Tetap Dalam Talian/Deposit Tetap-i Dalam Talian (“eFD/eFD-i”). Bagi mengelakkan keraguan, pemegang CASA/CASA-i bersama TIDAK layak membuka atau mengendalikan Akaun eFD/eFD-i dan TIDAK layak menyertai Promosi ini.

 

3. Pelanggan yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh Bank atau telah diisytiharkan muflis atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Promosi TIDAK layak menyertai atau akan serta-merta dilucutkan kelayakannya daripada menyertai Promosi.

 

4. Pelanggan yang telah melakukan, atau ditentukan oleh Bank berpotensi melakukan sebarang perbuatan salah yang dinyatakan di dalam ini akan dilucutkan kelayakannya daripada menyertai Promosi.

 

KAEDAH PROMOSI

5. Pelanggan yang membuat peletakan deposit antara Amaun Peletakan eFD/eFD-i Minimum sehingga Amaun Peletakan eFD/eFD-i Maksimum (“Amaun eFD/eFD-i”) seperti ditetapkan ke dalam eFD/eFD-i baharu atau sedia ada masing-masing bagi Tempoh berkenaan yang ditetapkan di bawah ini semasa Tempoh Promosi adalah berhak menikmati Kadar eFD/eFD-i Promosi sepadan berikut:

Jenis eFD/eFD-i

Kadar Promosi eFD/eFD-i 1

Tempoh

Amaun Peletakan eFD/eFD-i Minimum

Amaun Peletakan eFD/eFD-i Maksimum

Akaun Tetap-i Dalam Talian (eFD-i)

2.65% setahun

3 bulan

RM5,000

RM2,000,000

Akaun Tetap Dalam Talian (eFD)

2.55% setahun

3 bulan

RM5,000

RM2,000,000

1 Sekiranya ada perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR), Kadar Promosi eFD/eFD-i akan disemak semula.

 

6. Pelanggan yang telah memenuhi kriteria dalam Klausa 5 di atas dirujuk sebagai "Pelanggan Layak".

 

7. Bagi tujuan Promosi ini, semua peletakan deposit eFD/eFD-i mestilah daripada bank lain melalui Financial Process Exchanges (“FPX”). FPX adalah suatu cara pembayaran selamat dalam talian yang memudahkan pindahan dana antara bank, dipermudahkan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (“PayNet”). Butiran lanjut boleh disemak di https://www.paynet.my/business-fpx.html

 

8. Kadar eFD/eFD-i Promosi diterima pakai untuk sekali sahaja, iaitu untuk peletakan awal. Sebarang pembaharuan automatic Amaun Peletakan eFD/eFD-i pokok akan pada kadar semasa eFD/eFD-i.

 

9. Amaun deposit maksimum setiap transaksi melalui FPX ialah Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu (RM200,000) atau tertakluk kepada amaun maksimum/had pindahan ditetapkan dalam perbankan internet individu Pelanggan yang diselenggarakan dengan bank berkenaan, mengikut mana-mana yang lebih rendah.

 

10. Pemprosesan peletakan eFD/eFD-i mungkin mengambil masa sehingga dua (2) hari berkerja dan dengan itu, tarikh efektif peletakan eFD/eFD-i hendaklah bermula selepas prosesnya berjaya disempurnakan dan Bank tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin ditanggung oleh Pelanggan kerana masa yang diperlukan untuk memproses peletakan.

 

11. Kadar eFD/eFD-i Promosi dapat dinikmati Pelanggan Layak bagi peletakan yang dibuat menerusi Hong Leong Connect antara 6:00 pagi dengan 11:55 malam, tujuh (7) hari seminggu, atau dalam waktu yang ditetapkan oleh Bank di Hong Leong Connect atas dasar siapa cepat dia dapat.

 

12. Jumlah saiz dana untuk Promosi ini adalah Ringgit Malaysia Satu Bilion (RM1,000,000,000) (“Had Saiz Dana”).

 

13. Jika Amaun Peletakan eFD/eFD-i melebihi Amaun Peletakan Maksimum eFD/eFD-i yang ditetapkan atau Had Saiz Dana dicapai, Amaun Peletakan eFD/eFD-i yang melebihi Amaun Peletakan Maksimum eFD/eFD-i yang ditetapkan atau Had Saiz Dana akan tertakluk kepada kadar eFD/eFD-i semasa.

 

14. Pelanggan Layak dikehendaki menamakan CASA/CASA-i yang diselenggarakan dengan Bank di bawah nama individu Pelanggan Layak (“CASA/CASA-i” Namaan) bagi tujuan mengkreditkan faedah/keuntungan yang diperolehi di bawah Promosi ini. Faedah/Keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan ke dalam CASA/CASA-i Namaan Pelanggan Layak pada tarikh matang.

 

15. Pada tarikh matang, Amaun Peletakan eFD/eFD-i pokok akan diperbaharui secara automatik pada kadar semasa eFD/eFD-i masing-masing atau pengeluaran auto dan dikreditan ke CASA/CASA-i Namaan, yang telah dipilih oleh Pelanggan Layak semasa peletakan.

 

16. Jika Amaun Peletakan eFD/eFD-i dikeluarkan sebelum tempoh matang, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, tiada faedah/keuntungan akan dibayar bagi amaun pengeluaran pramatang eFD/eFD-i, tanpa mengira bilangan bulan yang lengkap pada masa pengeluaran sebelum tarikh matang.

 

17. Bank berhak menolak balik dan memotong amaun setara dengan faedah/keuntungan yang dibayar bagi eFD/eFD-i yang dikeluarkan sebelum tarikh matang, daripada Amaun Pokok eFD/eFD-i pada masa pengeluaran.

 

18. Pelanggan HLISB bersetuju melepaskan hak untuk menuntut harga jualan penuh bagi sebarang pengeluaran eFD-i sebelum tarikh matang.

 

19. Tertakluk kepada fasal 16 Terma dan Syarat Promosi, pengeluaran sebahagian eFD dibenarkan dalam gandaan Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000) sahaja. Walau bagaimanapun, jika baki eFD kurang daripada Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000), pengeluaran sebahagian tidak dibenarkan bagi akaun tersebut.

 

20. Tertakluk kepada fasal 16 Terma dan Syarat Promosi, pengeluaran sebahagian Amaun Peletakan eFD-i dibenarkan dalam amaun minimum Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000) dengan gandaan Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000) sahaja. Walau bagaimanapun, jika baki dalam eFD-i kurang daripada Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500), pengeluaran sebahagian tidak dibenarkan bagi akaun tersebut.

 

21. Amaun eFD/eFD-i TIDAK boleh digunakan sebagai sandaran bagi tujuan mencagarkan mana-mana kemudahan kredit yang diperolehi atau akan diperolehi oleh Pelanggan Layak.

 

UMUM

22. Dengan menyertai Promosi, Pelanggan bersetuju:

(i)    telah membaca, memahami dan mematuhi Terma & Syarat Promosi dan Terma & Syarat Umum Akaun bagi Deposits and Deposit Perbankan Islam;

(ii)   keputusan Bank atas semua hal berkaitan dengan Promosi ini adalah muktamad dan terikat ke atas semua Pelanggan Layak;

(iii)  mengakses laman sesawang HLB di www.hlb.com.my/Laman Sesawang HLISB di www.hlisb.com.my (secara kolektif dirujuk sebagai “Laman Sesawang Bank”) secara kerap untuk menyemak Terma & Syarat dan memastikan sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan yang dibuat kepada Terma & Syarat;

(iv)  faedah/keuntungan yang diperoleh tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga (ke-3) dan tidak boleh ditukar untuk kredit, cek ataumanfaat semacamnya; dan

(v)   bertanggungjawab dan menanggung sendiri semua cukai berkenaan, yuran kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan penyertaan dalam Promosi ini.

 

23. Bank berhak:

(i)    melucutkan kelayakan mana-mana Pelanggan Layak oleh Bank dianggap sesuainya daripada menyertai Promosi ini;

(ii)   menambah, menggugurkan, menggantung atau meminda keseluruhan atau sebahagian Terma & Syarat terkandung di dalam ini atau menamatkan Promosi ini atas budi bicara Bank, dengan cara menyiarkannya dalam Laman Sesawang Bank, atau dengan apa-apa cara yang dianggap sesuai oleh Bank, pada bila-bila masa dengan memberi notis awal; dan

(iii)  membatalkan faedah/keuntungan yang diperolehi sekiranya Pelanggan Layak tidak mematuhi Terma & Syarat Promosi dan Terma & Syarat Umum Akaun bagi Deposits and Deposit Perbankan Islam.

 

24. Terma & Syarat di dalam ini, Terma dan Syarat Umum Akaun bagi Deposits and Deposit Perbankan Islam, Terma dan Syarat Akaun e-Deposit Tetap Hong Leong, dan Terma dan Syarat Deposit Tetap-i Hong Leong hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian keseluruhan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, maka Terma & Syarat tertentu di dalam ini hendaklah diutamakan setakat percanggahan tersebut.

 

25. Jika terdapat percanggahan antara terma dan syarat dengan bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain berkaitan atau bersabit dengan Promosi ini, maka terma dan syarat muktamad dalam Laman Sesawang Bank akan diutamakan.

 

26. Terma & Syarat ini tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan Pelanggan bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia secara eksklusif.

 

27. Perkataan yang menandakan satu jantina termasuk semua jantina lain dan perkataan yang menandakan tunggal termasuk jamak dan begitu juga sebaliknya.

 

Deposit Tetap Dalam Talian/Deposit Tetap-i Dalam Talian dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

PROMOTION PERIOD

1. The Hong Leong Bank Berhad’s [193401000023 (97141-X)] (“HLB”) and Hong Leong Islamic Bank Berhad’s [200501009144 (686191-W)] (“HLISB”) (collectively referred to as “the Bank”) “3-months eFixed Deposit/eFixed Deposit-i Promotion” (“Promotion”) commences on 6 May 2020 and ends on 30 June 2020, both dates inclusive, or upon reaching the Fund Size Limit as defined under Clause 12 below, whichever comes first (“Promotion Period”), unless notified otherwise.

 

Terms & Conditions

The following sets out the terms and conditions applicable to the Promotion (“T&Cs”):

 

ELIGIBILITY

2. The Promotion is open to individuals who are the primary accountholders of a HLB Current or Savings account/HLISB Current or Savings account-i (“CASA/CASA-i”) and  have registered for Hong Leong Connect prior to or during the Promotion Period (“Customers”). The Customers are eligible to to open and operate an Online Fixed Deposit/Online Fixed Deposit-i (“eFD/eFD-i”) account (“eFD/eFD-i Account”). For the avoidance of doubt, joint CASA/CASA-i holders are NOT eligible to open or operate an eFD/eFD-i Account and are NOT eligible to participate in the Promotion.

 

3. Customers who have committed or are suspected of committing any fraudulent, unlawful or wrongful acts in relation to any of the facilities granted by the Bank or have been declared bankrupt or are subject to any bankruptcy proceedings at any time prior to or during the Promotion Period shall NOT be eligible to participate or shall be immediately disqualified from participating in the Promotion.

 

4. Customers who have committed, or are determined by the Bank to be potentially committing any of the wrongful acts stipulated herein shall be immediately disqualified from participating in the Promotion.

 

PROMOTION MECHANICS

5. Customers who make placement(s) of eFD/eFD-i into their new or existing eFD/eFD-i Account in the amount ranging between the Minimum eFD/eFD-i Placement Amount and the Maximum eFD/eFD-i Placement Amount specified below (“eFD/eFD-i Placement Amount”) for the Tenure as set out below during the Promotion Period shall be entitled to the following corresponding Promotional eFD/eFD-i Rate:

Type of eFD/

eFD-i

Promotional
eFD/eFD-i Rate 1

Tenure

Minimum eFD/eFD-i Placement Amount

Maximum eFD/eFD-i Placement Amount

Online Fixed Deposit-i (eFD-i)

2.65% p.a.

3 months

RM5,000

RM2,000,000

Online Fixed Deposit (eFD)

2.55% p.a.

3 months

RM5,000

RM2,000,000

1 Should there be an Overnight Policy Rate (OPR) change, the Promotional eFD/eFD-i Rate may be revised

 

6. Customers who have fulfilled the criteria under Clause 5 above shall be referred to as the “Entitled Customers”.

 

7. For the purpose of this Promotion, the funds for the placement(s) of eFD/eFD-i must be from other banks and transferred via Financial Process Exchange (“FPX”). FPX is a secure online payment method that facilitates interbank transfer of funds, facilitated by Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (“PayNet”). Further details can be found at https://www.paynet.my/business-fpx.html

 

8. The Promotional eFD/eFD-i Rate is applicable once only, i.e. for the initial placement. Any auto-renewal of the principal eFD/eFD-i Placement Amount shall be at the prevailing eFD/eFD-i board rates.

 

9. The maximum deposit amount per transaction via FPX transfer is Ringgit Malaysia Two Hundred Thousand (RM200,000), subject to such prescribed maximum amount/limit of transfer in the Customers’ individual internet banking maintained with the relevant bank.

 

10. The processing of placements of eFD/eFD-i may take up to two (2) working days and the effective date of the placement of eFD/eFD-i shall be the date the Bank successfully completes the placement processs. The Bank shall not be responsible any losses which the Customer may incur due to the time taken to process the placements.

 

11. The eFD/eFD-i placements can only be made through Hong Leong Connect between 6:00 a.m. and 11:55 p.m., seven (7) days a week, or during such hours and days as stipulated by the Bank at Hong Leong Connect and shall be treated on a first-come, first-served basis.

 

12. The fund size limit for this Promotion is Ringgit Malaysia One Billion (RM1,000,000,000) (“Fund Size Limit”).

 

13. In the event any eFD/eFD-i placement exceeds the prescribed Maximum eFD/eFD-i Placement Amount or if the Fund Size Limit is reached, the eFD/eFD-i Placement Amount which exceeds the prescribed Maximum eFD/eFD-i Placement Amount or the Fund Size Limit shall be subjected to the prevailing eFD/eFD-i board rates.

 

14. Entitled Customers are required to nominate a CASA/CASA-i maintained with the Bank under the individual name of the Entitled Customers (“Nominated CASA/CASA-i”) for the purpose of crediting the interest/profit earned under this Promotion. The interest/profit earned will be credited into the Entitled Customers’ Nominated CASA/CASA-i at maturity.

 

15. Upon maturity, the principal eFD/eFD-i Placement Amount shall be auto-renewed at the prevailing eFD/eFD-i board rates respectively or auto-withdrawn and credited to the Nominated CASA/CASA-i, based on the option selected by the Entitled Customer upon placement.

 

16. In the event the eFD/eFD-i Placement Amount is withdrawn prior to the maturity of the Tenure, whether wholly or partially, no interest/profit shall be payable on such premature withdrawals amounts of eFD/eFD-i, regardless of the number of completed months at the time of premature withdrawal.

 

17. The Bank reserves the right to claw back and deduct an amount equivalent to the interest/profit paid to the Entitled Customers in respect of the eFD/eFD-i Placement Amount which is prematurely withdrawn from the principal eFD/eFD-i Amount upon withdrawal.

 

18. HLISB customers shall be deemed to have agreed to waive his/her right to claim the full selling price for any withdrawal of eFD-i before the maturity date.

 

19. Subject to Clause 16 herein, partial withdrawal of eFD Placement Amount is allowed in multiples of Ringgit Malaysia One Thousand (RM1,000) only. However, in the event the eFD Placement Amount is less than Ringgit Malaysia Five Thousand (RM5,000), no partial withdrawal is allowed for that particular account.

 

20. Subject to Clause 16 herein, partial withdrawal of eFD-i Placement Amount is allowed with a minimum of Ringgit Malaysia Three Thousand (RM3,000) in multiples of Ringgit Malaysia One Thousand (RM1,000) only. However, in the event the eFD-i Placement Amount is less than Ringgit Malaysia Five Hundred (RM500), no partial withdrawal is allowed for that particular account.

 

21. The eFD/eFD-i Placement Amount shall NOT be used as collateral for the purpose of securing any credit facility obtained or to be obtained by the Entitled Customers.

 

GENERAL

22. By participating in the Promotion, Customers agree:

(i)    to have read, understood and to be bound by the T&Cs herein and General Terms and Conditions of Accounts for Deposits and Islamic Banking Deposits;

(ii)   that the Bank’s decision on all matters relating to the Promotion shall be final, conclusive and binding on all Customers;

(iii)  to access HLB’s website at www.hlb.com.my/HLISB’s website at www.hlisb.com.my (collectively referred to as “the Bank’s Websites”) at regular intervals to view the T&Cs of the Promotion and ensure to be kept up-to-date on any changes or variations to the T&Cs;

(iv)  that the interest/profit earned is non-transferrable to any third (3rd party) and non-exchangeable for up-front credit, cheque or benefit-in-kind; and

(v)   to be liable and shall personally bear all applicable taxes, government fees or any other charges that may be levied against them under applicable laws, if any, in relation to their participation in the Promotion.

 

23. The Bank reserves the right:

(i)    to disqualify any Customer as the Bank may deem fit from participating in this Promotion;

(ii)   to add, delete, suspend or vary any or all of the T&Cs contained herein or terminate the Promotion at the Bank’s discretion by way of posting on the Bank’s Websites or in any manner deemed suitable by the Bank at any time with prior notice; and

(iii)  to forfeit the interest/profit earned in the event of non-compliance by the Entitled Customers of the T&Cs herein and/or the  General Terms and Conditions of Accounts for Deposits and Islamic Banking Deposits.

 

24. The T&Cs herein, General Terms and Conditions of Accounts for Deposits and Islamic Banking Deposits, Terms and Conditions for Hong Leong eFixed Deposit Account and Terms and Conditions for Hong Leong Fixed Deposit-i shall be read as an entire agreement. In the event of any discrepancies, the specific T&Cs herein shall prevail to the extent of such discrepancy.

 

25. In the event of any discrepancy between the T&Cs herein and any advertising, promotional, publicity and other materials relating to or in connection with the Promotion, the final T&Cs on the Bank’s Websites shall prevail.

 

26. The T&Cs shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia and the Customers agree to submit to the exclusive jurisdiction of the Courts of Malaysia.

 

27. Words denoting one gender include all other genders and words denoting the singular include the plural and vice versa.

 

eFixed Deposit/eFixed Deposit-i is protected by PIDM up to RM250,000 for each depositor.