Anda mungkin menyukai
Ciri & Manfaat
Tukaran Enrich Miles yang hebat. Automatik
Setiap kali berbelanja secara automatik memberikan anda Enrich Miles – tanpa perlu membuat permintaan
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Yuran Tahunan dikecualikan seumur hidup
Kad Infinite P Hong Leong anda adalah percuma seumur hidup.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kelayakan
(Melalui jemputan sahaja)
- Berumur 21 tahun dan ke atas (Prinsipal) | 18 tahun (Tambahan)
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Visa Digital Conceirge
Nikmati perkhidmatan concierge untuk keperluan perjalanan dan gaya hidup anda - setiap hari, sepanjang tahun.
Visa Concierge membolehkan anda:
- Melihat dan membuat tempahan secara terus untuk restoran, tiket perjalanan dan keistimewaan membeli-belah
- Menyemak lokasi bagi destinasi pelancongan terkemuka
- Berhubung dengan Visa Concierge melalui Live Chat
- Klik untuk bercakap dengan Visa Concierge
Cari “Visa Concierge” di App Store untuk iOS atau di Google Play Store untuk Android dan muat turun aplikasi ini.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
ransaksi Tempatan | Transaksi Luar Negara | |
---|---|---|
Kadar Tukaran Enrich Mile |
Belanja runcit RM2.8* untuk 1 Enrich Mile | Belanja runcit RM1.8* untuk 1 Enrich Mile |
* Transaksi Runcit (tempatan dan antarabangsa) KECUALI semua transaksi berkaitan Kerajaan dan JomPAY, Pendahuluan Tunai, Kuasi Tunai (transaksi berkaitan pertaruhan dan perjudian), Call-For-Cash, Call-For-Cash Plus, Pelan Pembayaran Flexi, Pindahan Baki, Caj Kewangan dan Caj Lewat
Ruang Istirahat Lapangan Terbang Priority Pass
Kad Hong Leong Infinite P anda memberikan akses ruang istirahat lapangan terbang Priority Pass seluruh dunia. Layari www.prioritypass.com untuk senarai penuh ruang istirahat lapangan terbang Priority Pass.
Nota: Pada tahun pertama keahlian, empat (4) akses pertama ke ruang istirahat lapangan terbang Priority Pass akan ditanggung oleh Bank dan disediakan untuk pemegang kad Utama. Pada tahun-tahun berikutnya, Bank akan menanggung sehingga empat (4) akses ke ruang istirahat, tertakluk kepada perbelanjaan runcit kumulatif minimum* RM300,000 pada tahun sebelumnya. Pemegang kad Utama boleh membawa tetamu dengan bayaran sebanyak USD27 setiap tetamu, setiap lawatan. Ini akan dicaj secara terus pada Kad Hong Leong Infinite P.
Perlindungan insurans automatik untuk pengembara
Apabila anda membayar tambang penuh tiket penerbangan anda menggunakan Kad Hong Leong Infinite P, anda dilindungi secara automatik sehingga RM3 juta. Perlindungan meliputi kemalangan perjalanan, dan kesulitan berkaitan perjalanan seperti terlepas sambungan, kelewatan bagasi, kehilangan bagasi dan kelewatan penerbangan.
Nikmati kadar keutamaan bagi mata wang asing
Lawati Bureau de Change Hong Leong Bank di klia2 atau Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, tunjukkan Kad Infinite P Hong Leong anda untuk kadar yang kompetitif bagi pilihan mata wang asing anda.
Meja Perjalanan Premium Hong Leong
Meja perjalanan kami adalah khusus untuk mengendalikan semua keperluan perjalanan anda, dari tiket, permohonan visa hinggalah penginapan. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi pembekal perkhidmatan Meja Perjalanan Premium Hong Leong, Corporate Information Travel Sdn Bhd di 03-2091 9926.
Bantuan 24 jam untuk perkhidmatan berkaitan kad
Untuk sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan kad anda, sila hubungi talian bebas tol 1800-18-8988 atau 03 76268988 (panggilan dari luar negara). Talian Perkhidmatan Kad Premium Hong Leong bersedia berkhidmat untuk anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Perkhidmatan Rencam Visa Infinite
Anda hanya perlu menghubungi 1800-80-3006untuk mendapat jawapan kepada pertanyaan, bantuan tempahan makan malam dan teater, atau apa sahaja bantuan yang anda perlukan.
Jenis Kad |
Prinsipal | Sampingan |
---|---|---|
Yuran Tahunan* (RM) |
Yuran Tahunan* (RM) |
|
Hong Leong Infinite P (Visa) |
Tiada yuran tahunan |
Tiada yuran tahunan |
Penerangan Yuran Dan Caj |
Amaun* (RM) |
---|---|
Cukai Perkhidmatan Kad Kredit (setiap kad) |
25 |
Pencarian rekod jualan (setiap salinan) |
20 |
Permintaan salinan penyata fizikal bulanan (setiap penyata) |
5 |
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan
Klik sini untuk senarai yuran dan caj, atau mendapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi mana-mana cawangan kami.