- Soalan Lazim - Am >
- E-Penyata
E-Penyata
Kami menggalakkan pelanggan untuk memilih e-Penyata yang lebih pantas, lebih selamat, lebih mudah dan senang diurus.
Soalan Lazim e-Penyata
1. Apa itu e-Penyata?
e-Penyata adalah versi elektronik penyata akaun. Anda mempunyai pilihan untuk muat turun secara terus dari HLB Connect dan/atau ia boleh dihantar ke alamat e-mel anda jika anda melanggan untuk e-penyata. Salinan bercetak atau penyata salinan bercetak akan terus tersedia untuk pelanggan yang tidak muat turun atau melanggan untuk e-penyata.
2. Di mana saya boleh melihat Terma & Syarat e-Penyata?
Salinan Terma & Syarat e-Penyata boleh didapati di sini.
3. Adakah saya perlu membayar untuk e-Penyata?
Tidak, perkhidmatan e-Penyata diberikan kepada anda tanpa caj.
4. Apakah jenis akaun Hong Leong yang mempunyai perkhidmatan e-Penyata?
- Kad Kredit
- Kad Debit/Kad Debit-i
- Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i (individu sahaja)
- Akaun Semasa Mata Wang Asing/ Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (individu sahaja)
- Akaun Simpanan/ Akaun Simpanan-i
- Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i
- Pinjaman Kereta/ Pembiayaan Kereta-i
- Pinjaman Peribadi/ Pembiayaan Peribadi-i
5. Adakah selamat untuk menggunakan e-Penyata?
Ya, e-Penyata dijamin kerana maklumat anda dilindungi oleh kata laluan.
6. Bagaimana saya boleh mendaftar untuk e-Penyata?
- Jika anda adalah pengguna HLB Connect, hanya log masuk ke HLB Connect – www.hongleongconnect.my dan anda boleh melihat atau muat turun e-Penyata dengan mengikuti langkah bawah:-

- Jika anda bukan pengguna HLB Connect, sila mendaftar sekarang dengan mengikuti langkah bawah:-

- ATAU Hubungi Pusat Hubungan Hong Leong di 03-7626 8899
- ATAU Lawati mana-mana cawangan Hong Leong Bank/ Hong Leong Islamic Bank
7. Bilakah saya akan mula menerima e-Penyata saya jika saya mendaftar untuk e-Penyata sekarang?
Anda akan menerima e-Penyata pertama anda pada tarikh penyata berikutnya apabila mendaftar untuk HLB Connect atau mendaftar untuk langganan e-mel.
8. Berapa lamakah e-Penyata saya boleh didapati di HLB Connect?
e-Penyata boleh didapati untuk dilihat dan dimuat turun di HLB Connect seperti di bawah:
Jenis Akaun |
Kekerapan Penyata |
e-Penyata boleh didapati untuk dilihat |
---|---|---|
Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i (individu sahaja) |
Bulanan |
24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa) |
Akaun Semasa Mata Wang Asing/ Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (individu sahaja) |
Bulanan |
24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa) |
Akaun Simpanan/ Akaun Simpanan-i |
Bulanan |
24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa) |
Kad Kredit |
Bulanan |
24 bulan terkini |
Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i (bil berperingkat) |
Bulanan |
24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa) |
Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i (dibayar sepenuhnya) |
Separuh tahunan |
6 rekod terkini |
Pinjaman Kereta/ Pembiayaan Kereta-i |
Setiap tahun |
3 rekod terkini |
Pinjaman Peribadi/ Pembiayaan Peribadi-i |
Setiap tahun |
3 rekod terkini |
9. Adakah saya boleh menyimpan e-Penyata saya?
Ya, anda boleh memilih untuk melihat atau menyimpan e-Penyata anda dengan memuat turunnya ke peranti simpanan elektronik anda.
10. Boleh saya menukar e-mel dan kata laluan untuk e-Penyata yang dihantar ke e-mel?
Ya, anda boleh menukar e-mel, tetapi kata laluan tidak boleh ditukar.
Untuk menukar e-mel secara Atas Talian, sila ke “Hong Leong Connect Home >Statement/Invoice > Email Subscription >Statement Subscription” untuk menukar alamat e-mel anda.
Secara alternatif, anda boleh memanggil pusat hubungan kami atau lawati mana mana cawangan kami untuk menukar alamat e-mel.
Kata laluan ditetapkan ke tarikh lahir anda mengikut format DDMMMYYYY, contohnya: 30AUG2014
11. Adakah saya masih akan menerima penyata kertas saya?
Ya, penyata kertas akan terus tersedia untuk pelanggan yang tidak muat turun atau melanggan untuk e-penyata.
Anda boleh melihat dan memuat turun e-Penyata daripada HLB Connect atau melanggan untuk Penghantaran Penyata E-mel.
12. Saya ingin melihat penyata saya di HLB Connect dan tidak mahu menerima e-Penyata melalui e-mel. Bagaimanakah saya berhenti melanggan untuk Penghantaran Penyata E-mel?
Anda boleh berhenti melanggan untuk perkhidmatan ini dengan mengikuti langkah berikut:
Home > Statement/Invoice > Email Subscription > Statement Subscription > Uncheck email subscription
e-Penyata tidak akan dihantar ke e-mel anda dalam kitaran penyata berikut.
13. Apakah keperluan perisian atau perkakasan yang diperlukan untuk melihat e-Penyata dalam talian?
Untuk melihat e-Penyata dalam talian, anda perlu mempunyai berikut:
- Komputer peribadi, tablet atau computer riba dengan akses Internet
- Pelayar Internet (jenis pelayar yang disokong adalah Microsoft Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, Safari dan Opera)
- Adobe Acrobat Reader