Soalan Lazim - Terminal Khidmat Layan Diri

Terminal Khidmat Layan Diri

Penipuan Sentuh Bahu

"Penipuan Sentuh Bahu" adalah taktik untuk mengalih perhatian pelanggan yang baru hendak mengambil kad ATM mereka daripada ATM dan menukar kad mangsa dengan kad lain yang kelihatan sama. Suspek biasanya bertindak dalam kumpulan 2 atau 3 orang dengan salah seorang memerhati dan menghafal PIN ATM yang dimasukkan oleh mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa. Kad mangsa kemudiannya akan digunakan untuk mengeluarkan wang dari akaun mangsa.

 

Bagaimana Caranya?

1. Suspek akan menyentuh bahu mangsa dan memberitahu bahawa mangsa telah menjatuhkan wang di atas lantai.

2. Ketika perhatian mangsa terganggu dan berpusing ke belakang atau tunduk untuk mengambil wang dari lantai, suspek atau rakannya dengan pantas akan menukar kad ATM mangsa dengan kad yang kelihatan sama.

3. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akan mengambil kad tadi serta wang tunai daripada ATM tanpa menyedari bahawa kad ATM mereka telah ditukar. Suspek kemudian akan menggunakan kad ATM mangsa untuk mengeluarkan wang dari akaun.

4. Mangsa hanya akan mengetahui kerugian mereka selepas memeriksa akaun bank atau kad ATM.

 

Sebagai langkah pencegahan, kami menggesa pelanggan untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila melakukan transaksi di ATM, dan JANGAN terganggu dengan panggilan atau sentuhan pada bahu mereka. Sekiranya anda didekati dengan cara yang sama, sila hentikan transaksi anda dan serta-merta beritahu staf keselamatan/kakitangan cawangan atau menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

Pengeluaran

  • Pengeluaran Tunai
  • Had Pengeluaran Harian Maksimum adalah RM10,000.
  • Had Pengeluaran Harian bagi Pelanggan Perbankan Priority adalah RM 10,000
  • Pendahuluan Tunai untuk Kad Kredit MasterCard dan Visa.

Pertanyaan Baki untuk:

  • Akaun Simpanan
  • Akaun Semasa
  • Akaun Pinjaman
  • Kad Kredit (baki tertunggak)

Pindahan Dana

  • Memiliki akaun atau akaun pihak ke-3 di HLBB.
  • Had pindahan harian Maksimum bagi Pindahan Dana Antara Bank (Pemindahan Segera) dan GIRO Antara Bank (IBG) ialah RM50,000*.

 

*Nota: Fi sebanyak RM0.50 untuk IBFT(untuk jumlah wang RM5,000 keatas) atau RM0.10 untuk IBG  akan didebitkan daripada akaun debit pelanggan.

 

Pembayaran

1. Pembayaran Kad Kredit

2. Pembayaran Pinjaman / Pembiayaan (Sewa Beli, Gadai Janji dan Pinjaman Peribadi)

3. Pembayaran Bil dengan JomPAY

Pindahan Antara Bank (hanya di bank yang menyertai)

  • Pindahan Dana *
  • Pembayaran Pinjaman dan kad Kredit *

 

*Nota: Fi sebanyak RM0.50 untuk IBFT + 6% untuk SST atau RM0.10 untuk IBG + 6% untuk SST akan didebitkan daripada akaun debit pelanggan berkuatkuasa 1 September 2018.

 

Perkhidmatan Lain

  • Tukar PIN
  • Cipta TPIN
  • Perubahan Had Pengeluaran/Pindahan
  • Peletakan Deposit Tetap
  • Permintaan Buku Cek
  • Permintaan Penyata
  • Penyata Mini untuk Akaun Simpanan dan Semasa (cetak 10 transaksi terakhir tertakluk kepada sejarah transaksi selama 2 bulan)
  • Perbankan Internet - Nyahdaftar mobil TAC
  • Perkhidmatan ATM Antara Negara

 

 

Langkah untuk membuat Pindahan Segera dan GIRO Antara Bank (IBG):

Pindahan Segera

GIRO Antara Bank (IBG)

Langkah 1: Pilih "Pemindahan Wang (ke bank lain)"

Langkah 2: Pilih "Pemindahan Segera"

Langkah 3: Pilih "Jenis Akaun Penerima" anda

Langkah 4: Pilih "Bank" Penerima

Langkah 5: Masukkan Nombor Akaun Penerima

Langkah 6: Masukkan Amaun Pemindahan

Langkah 7: Masukkan Rujukan Penerima (Pilihan)

Langkah 8: Sila sahkan butiran penerima

Langkah 9: Tekan “Sahkan” untuk melengkapkan transaksi

Langkah 1: Pilih “Pemindahan Wang (Ke Bank Lain)”

Langkah 2: Pilih “Pemindahan Wang Antara Bank (IBG)”

Langkah 3: Pilih “Jenis Akaun Penerima”

Langkah 4: Pilih Bank Penerima

Langkah 5: Masukkan Nombor Akaun Penerima

Langkah 6: Masukkan Amaun Pemindahan

Langkah 7:  Masukkan Rujukan Penerima (Pilihan)

Langkah 8: Masukkan ID Penerima (Pilihan)

Langkah 9: Sila sahkan butiran penerima

Langkah 10: Tekan “Sahkan” untuk melengkapkan transaksi

IBG Funds Transfer to Current and Savings Account:

Transfer Day Transfer Time Funds Availability**
Monday to Friday
(Business Days)
5:01am to 8:00am Same Business Day By 2:00pm
8:01am to 11:00am By 5:00 pm
11:01am to 2:00pm By 8:20pm
2:01pm to 5:00pm By 11:00pm
After 5:00pm Next Business Day By 11:00am
Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holidays 
(Non-Business Days)
Anytime Next Business Day By 11:00am

 

 

 

IBG Funds Transfer to Credit Card and Loan Account:

Transfer Day Transfer Time Funds Availability**
Monday to Friday
(Business Days)
5:01am to 5:00pm Same Business Day Before 12:00am
After 5:00pm Next Business Day Before 12:00am
Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holidays 
(Non-Business Days)
Anytime Next Business Day Before 12:00am

**Under normal circumstances

- For unsuccessful IBG Fund Transfer initiated by 11:00am, the sender will receive the returned funds on the Same Business Day by 11:00pm under normal Circumstances

 

- For unsuccessful IBG Fund Transfer initiated after 11:00am and Non-Business Days, the sender will receive the returned funds on the Next Business Day by 11:00am under normal circustances.

Perkhidmatan ATM Rentas Sempadan Hong Leong menyediakan kemudahan pengeluaran wang tunai daripada akaun semasa atau simpanan Hong Leong anda di ATM bank yang menyertai di Indonesia, Korea dan Thailand.

 

Jumlah caj adalah lebih kompetitif berbanding Pendahuluan Tunai Kad Kredit di ATM tersebut.

 

Cara Mengaktifkan

  1. Masukkan kad ATM, pilih bahasa dan masukkan PIN ATM
  2. Tekan "Lain-Lain" di Menu Utama
  3. Pilih "Pengaktifan/Pembatalan Perkhidmatan Kad Debit"
  4. Pilih "Pengeluaran ATM di Luar Negara"
  5. Pilih "Aktifkan"
  6. Tekan "Sahkan"
  7. Ambil semula kad ATM

*Anda juga boleh mengaktifkan perkhidmatan ini melalui Hong Leong Connect.

 

Cuma klik di sini untuk log masuk

Pilih 'Other Services' -> Pilih 'Change Overseas Withdrawal & Debit Card Settings'

 

Senarai Bank yang Menyertai

ARTAJASA

  • Bank Bumiputera
  • Bank Internasional Indonesia
  • Bank Jawa Timur (JATIM)
  • Bank Mestika
  • Bank Muamalat
  • Bank CIMB Niaga
  • Bank Nilai Inti Sari Penyimpan (NISP)
  • Bank Nusa Tenggara Barat (NTB)
  • Bank Nusa Tenggara Timur (NTT)
  • Bank Nusantara Parahiyangan (BNP)
  • Bank Pembangunan Daerah Istimewa Yogyakarta (BPD DIY)
  • Bank Rakyat Indonesia (BRI)
  • Bank RIAU
  • Bank Sinarmas
  • Bank Sulawesi Utara (SULUT)
  • Bank Sumatera Selatan (SUMSEL)
  • Bank Sumatera Utara (SUMUT)
  • Bank Syariah Mandiri
  • Bank Kesawan
  • Bank Kalbar
  • Bank BPD Aceh

 

RINTIS

  • Bank of Central Asia (BCA)
  • Bank Mayapada
  • Bank Mega

 

ITMX

  • Bangkok Bank Limited (BBL)
  • Kasikorn Bank Limited (KBNK)
  • Krung Thai Bank (KTB)
  • Thai Military Bank (TMB)
  • Siam City Bank (SCIB)
  • UOB

 

KFTC

  • Citibank Korea

Q: Apakah manfaat utama Perkhidmatan ATM Rentas Sempadan Hong Leong?
A:

  • Perkhidmatan ATM Rentas Sempadan Hong Leong menyediakan kemudahan pengeluaran wang tunai daripada akaun semasa atau simpanan Hong Leong anda di ATM bank yang menyertai di Indonesia, Korea dan Thailand.
  • Jumlah caj adalah lebih kompetitif berbanding Pendahuluan Tunai Kad Kredit di ATM tersebut.

 

Q: Bagaimanakah cara memohon Perkhidmatan ATM Rentas Sempadan Hong Leong?
A:

  • Caranya mudah sahaja. Mohon Kad ATM Hong Leong di mana-mana cawangan Hong Leong Bank jika anda masih belum memilikinya.
  • Ingat untuk mengaktifkan perkhidmatan di mana-mana ATM Hong Leong Bank sebelum anda berangkat ke luar negara.

 

Q: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengaktifkan kad ATM?
A:

Pengaktifan melalui ATM:

  1. Pergi ke ATM Hong Leong Bank yang berhampiran
  2. Masukkan kad ATM, pilih bahasa dan masukkan PIN ATM
  3. Tekan "Lain-Lain" di Menu Utama
  4. Pilih "Pengaktifan/Pembatalan Perkhidmatan Kad Debit"
  5. Pilih "Pengeluaran ATM di Luar Negara"
  6. Pilih "Aktifkan"
  7. Tekan "Sahkan"
  8. Ambil semula kad ATM

 

Aktifkan melalui Hong Leong Online,

  • Pada menu dalam talian Hong Leong, pilih "Other Services" dan "Change Overseas Withdrawal & Debit Card Settings”. Tandakan "Overseas ATM Withdrawal" dan klik butang "Next"untuk pengaktifan.

 

Q: Berapa lamakah masa diambil untuk pengaktifan?
A: Perkhidmatan berkuatkuasa serta merta selepas diaktifkan.

 

Q: Adakah perkhidmatan perlu diaktifkan semula selepas diaktifkan buat kali pertama?
A: Perkhidmatan akan tetap diaktifkan melainkan pelanggan menyahaktifkan perkhidmatan ini. Penyahaktifan perkhidmatan boleh dibuat di mana-mana ATM Hong Leong Bank diperlukan jika anda berhasrat untuk nyahaktifkan perkhidmatan tersebut.

 

Q: Adakah fi dikenakan bagi menggunakan ATM Rentas Sempadan Hong Leong?
A: Bagi setiap transaksi pengeluaran tunai di ATM luar negara, fi nominal sebanyak RM8.00 dikenakan.

 

Q:  Bolehkah kad ATM Hong Leong digunakan di mana-mana sahaja di dunia?
A:

  • Pada masa ini, kad ATM Hong Leong hanya boleh digunakan di ATM bank yang menyertai di Indonesia, Korea dan Thailand.
  • Perhatikan logo “MEPS” yang dipaparkan di ATM bank-bank yang menyertai.

 

Q: Adakah perkhidmatan ATM Rentas Sempadan Hong Leong disediakan di negara China?
A: Perkhidmatan ini akan disediakan di ATM bank-bank yang menyertai di negara China dalam masa terdekat.

 

Q: Adakah perkhidmatan ini disediakan untuk pelawat yang berkunjung dari luar negara?
A: Ya, pelawat dari Indonesia, Korea, Thailand dan China yang membawa kad ATM bank-bank negara asal mereka yang menyertai akan dapat mengeluarkan Ringgit dari mana-mana ATM Hong Leong Bank di Malaysia.

Deposit Tunai atau Buat Pembayaran kepada:

  • Akaun Simpanan
  • Akaun Semasa
  • Akaun Kad Kredit
  • Akaun Pinjaman (Sewa Beli, Gadai Janji dan Pinjaman Peribadi)

 

Klik di sini untuk mencari Mesin Deposit Tunai

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.