Pengecualian Yuran Pengeluaran Wang Tunai Antara Bank di Mesin ATM dan CRT Bank Seluruh Negara Berkuat Kuasa 1 Julai 2026
Pengecualian Yuran Pengeluaran Wang Tunai Antara Bank di Mesin ATM
dan CRT Bank Seluruh Negara Berkuat Kuasa 1 Julai 2026
Pelanggan yang dihormati,
Berkuat kuasa 1 Julai 2026, Hong Leong Bank dan HLB Islamic (“HLB” atau “Bank”) akan mengecualikan yuran RM1 bagi pengeluaran wang tunai antara bank di semua Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) dan Terminal Kitar Semula Wang Tunai (“CRT”) HLB di seluruh negara.
Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif industri perbankan Malaysia untuk menjadikan perbankan harian lebih berpatutan dan mudah diakses, di mana semua pemegang kad debit Malaysia kini boleh menikmati pengeluaran wang tunai tanpa yuran di mana-mana ATM atau CRT yang dikendalikan oleh bank, tanpa mengira bank pengeluar kad tersebut. Sila ambil perhatian bahawa yuran pengeluaran standard masih dikenakan bagi ATM yang dikendalikan oleh pihak ketiga bukan bank.
Untuk perbankan masa nyata, kami menggalakkan pelanggan untuk terus menggunakan perkhidmatan perbankan digital, pembayaran kad dan DuitNow QR bagi transaksi harian mereka.