Hong Leong Bank - HL ConnectFirst

Gambar Keseluruhan HL ConnectFirst

Aktifkan kecekapan dan kemudahan perniagaan anda dengan penyelesaian menyeluruh yang direka khas agar perniagaan anda beroperasi dengan lancar. Hong Leong ConnectFirst membantu menguruskan perniagaan pengurusan tunai anda dengan berkesan dan cekap. 

Hong Leong ConnectFirst

Platform Tanpa Batasan Untuk Keperluan Perniagaan Anda.

Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut. 

 

 

Hong Leong ConnectFirst menawarkan:

Transaksi kos efektif di mana-mana sahaja

Kemudahan, perkhidmatan menyeluruh dan perkhidmatan dalam talian

Perkhidmatan perbankan yang menyeluruh

Dengan Hong Leong ConnectFirst, anda boleh: 

 

 

PENGURUSAN AKAUN

Kuasai Akaun Anda

Kawal kewangan perniagaan anda. Ketahui aliran tunai perniagaan anda dengan perkhidmatan Pengurusan Akaun dalam talian kami dan semak segala aktiviti akaun syarikat anda yang terkini 24 jam sehari.  

  • Periksa baki akaun anda
  • Semak dan muat turun urus niaga terkini dan terdahulu
  • Semak dan muat turun atau cetak penyata harian atau bulanan 

  • Semak dan muat turun invois cukai “GST” 

  • Semak dan muat turun nota debit & kredit
  • Semak dan muat turun penyata MT 940 atau MT 942 

Urusan Cek Anda

Uruskan maklumat cek syarikat anda secara dalam talian.

  • Periksa baki akaun anda 

  • Semak status cek

PEMBAYARAN

Selaraskan Aliran Tunai Anda Dengan Pengurus

Nikmati pelbagai perkhidmatan pembayaran dengan jaminan keselamatan dan sekuriti yang dipertingkatkan untuk membayar pembekal, pekerja dan bil.

  • Pindahan dana yang mudah dengan pemberitahuan emel serta-merta
  • Pilihan untuk membuat pinjaman/pembiayaan dan pembayaran bil anda melalui template dalam talian  

  • Pembayaran awal dan pindahan sehingga 30 hari lebih awal
  • Pembayaran “GST”, cukai dan pilihan untuk pembayaran utiliti dan bil-bil lain secara dalam talian dengan selamat melalui JomPAY
  • Pindahan wang dalam negara atau luar negara dengan mudah  

  • Tetapan pembayaran melalui arahan tetap
  • Uruskan pembayaran gaji dan pembayaran badan berkanun dengan mudah (EPF, SOCSO, Cukai Pendapatan & Lembaga Tabung Haji) 

  • Pilihan untuk pindahan dana, bayaran gaji dan bayaran badan berkanun  anda melalui fail yang dimuat naik
  • Bayar bil kad kredit HLB secara langsung
  • Pertukaran Prosesan Kewangan (FPX) ialah penyelesaian dalam talian yang mudah dan selamat yang membenarkan pendebitan pada masa nyata di akaun perbankan internet pelanggan anda dari pelbagai bank 
  • Pilihan untuk pindahan dana secara serta-merta ke bank lain melalui Pindahan Segera
  • Boleh melakukan “e-Share” dan “e-Dividend”

KUTIPAN

Tingkatkan Bayaran Yang Belum Anda Terima

Ketahui pelbagai pilihan yang sesuai untuk membantu meningkatkan bayaran yang belum diterima dan memperbaiki pengurusan kutipan. 

  • Tingkatkan bayaran yang belum anda terima melalui pengeluaran e-invois kepada pelanggan anda
  • Ketahui sistem yang selamat dan interaktif yang membolehkan anda mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan terhadap rantaian bekalan kewangan
  • Berikan pengurusan kutipan anda dengan penyelesaian pembayaran dan rekonsiliasi yang mudah
  • Semak semua transaksi yang dibayar dan belum diterima secara dalam talian, agar anda boleh membuat pertanyaan, meluluskan, menguruskan dan membayar transaksi dengan hanya satu klik 

PERBENDAHARAAN

Maklumat Kadar Mudah Didapati

Akses ke maklumat perbendaharaan dengan hanya satu klik sahaja.

  • Pertanyaan ke atas maklumat Pasaran Wang
  • Semak kadar Tukaran Matawang Asing (FOREX) dengan mudah 

PENGURUSAN KECAIRAN

Jadikan Dana Anda Berusaha Dengan Lebih Gigih

Optimumkan proses pengurusan dana dan tingkatkan kecekapan perbendaharaan anda dengan penyelesaian tunai yang sesuai.

  • Maksimumkan pendapatan keuntungan
  • Dana subsidiari diuruskan secara berpusat
  • Memperbaiki penyelesaian pengurusan tunai dan pengurusan dana berlebihan
  • Pantau pergerakan tunai antara syarikat
  • Tingkatkan kawalan dan menyeleraskan visi dan unjuran dana
  • Menjana laporan “Sweeping & Pooling” 

E-DEPOSIT TETAP/-i

Pengurusan Lebih Teratur Untuk Deposit Tetap/-i Anda

Proses simpanan dan pengeluaran dalam talian secara langsung yang diseragamkan untuk lebih mudah.

  • Urusan simpanan dan pengeluaran dalam talian pada bila-bila masa
  • Urusan pengeluaran sebahagian, pilih mod penyelesaian dan pilih untuk pembaharuan auto 


PERDAGANGAN

Maklumat Perdagangan Di Hujung Jari Anda

Dapatkan akses untuk transaksi perdagangan dan butiran kemudahan syarikat anda yang terkini secara dalam talian.

  • Dapatkan sejarah urus niaga anda dengan mudah
  • Akses had dan penggunaan perdagangan anda
  • Muat turun borang perdagangan, makluman debit & kredit dan invois cukai


Daftar dengan Hong Leong ConnectFirst sekarang

Berminat atau perlukan maklumat lanjut? 

· Hubungi Pengurus Perhubungan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) / Hong Leong Bank (HLB) anda
· Kunjungi mana-mana cawangan kami
· Layari www.hlisb.com.my /www.hlb.com.my
· 
Hubungi Bantuan Pelanggan di 03-7661 7777
· 
Emel ke cmp@hlbb.hongleong.com.my

Klik di sini untuk Piagam e-Perbankan

Hubungi 03-76617777 atau kunjungi cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda hari ini!