Apa yang anda boleh lakukan melalui HLB Connect

Gambar Keseluruhan Akaun

Semak baki dan butiran akaun pada bila-bila masa.

Semakan Transaksi Dalam Masa Nyata

Dapatkan maklumat segera untuk 15 transaksi terakhir Kad Debit dan Kredit anda dari 7 hari terakhir.

CARA MENGGUNA

Mobile Alerts

Dapatkan pemberitahuan transaksi, perkhidmatan, dan promosi terkini yang dihantar terus ke peti masuk aplikasi anda.

 

CARA MENGGUNA

e-Penyata

Lihat dan muat turun e-Penyata terkini atau sehingga 2 tahun lepas.

 

CARA MENGGUNA

Resit Transaksi

Simpan atau kongsi resit transaksi kepada penerima

 

CARA MENGGUNA

Pindahan Dana

Hantar wang tanpa caj kepada sesiapa sahaja di mana-mana bank, dengan menggunakan nombor Akaun/Telefon/Kad Pengenalan/Pasport/Pendaftaran Perniagaan.

CARA MENGGUNA

Pengeluaran ATM Connect

Gunakan HLB Connect App untuk mengeluarkan wang tunai dari mana-mana ATM HLB tanpa Kad Debit.


CARA MENGGUNA

Pindahan Telegraf Dalam Talian

Hantar wang ke luar negara dengan fi yang rendah dan mudah di mana-mana sahaja anda berada.

 

CARA MENGGUNA

Pembayaran Bil

Buat pembayaran bil anda secara online kepada pengebil utama di Malaysia. Anda boleh bayar sehingga 5 pengebil kegemaran secara serentak dalam satu transaksi.

 

CARA MENGGUNA

Tambah Nilai Kad Debit Junior

Tambah nilai automatik secara percuma dari akaun anda ke Kad Debit Junior anak anda melalui HLB Connect Online.


Quick Pay

Cara pantas untuk membayar atau memindahkan dana kepada penerima terkini dalam 3 langkah mudah. Hanya pilih, masukkan jumlah dan hantar.

 

CARA MENGGUNA

Tambah Nilai Prabayar

Perkhidmatan yang membolehkan anda melakukan tambah nilai segera untuk mudah alih prabayar (Celcom, DiGi, Maxis Hotlink, ONEXOX, U Mobile, YES dan banyak lagi), atau perkhidmatan prabayar lain (Kredit Permainan, IDD & STD, Langganan Filem dan banyak lagi dan banyak lagi).

 

CARA MENGGUNA

QR Pay & Receive QR Payment

Buat pembayaran dengan mengimbas kod QR melalui HLB Connect App anda, atau menjana kod QR anda untuk menerima pembayaran.

 

CARA MENGGUNA

Pelaburan ASNB

Semak baki akaun atau tambah pelaburan dana dengan mudah pada bila-bila masa, di mana sahaja.

 

CARA MENGGUNA

Cross-Border QR

Anda boleh membuat pembayaran QR dengan mengimbas kod QR PromptPay (Thailand), QRIS (Indonesia), NETS (Singapura) menggunakan ciri QR Pay di HLB Connect App

 

CARA MENGGUNA

Deposit Tetap/Deposit Tetap-i

Nikmati kadar yang lebih kompetitif apabila anda membuat deposit dalam talian dengan menggunakan dana daripada Akaun HLB atau bank lain

CARA MENGGUNA

Kad Kredit

Mohon Kad Kredit HLB baharu secara dalam talian dalam masa 5 minit, atau mohon kad tambahan dengan kelulusan segera.

 

CARA MENGGUNA

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi-i

Dapatkan kemudahan aliran tunai dengan kelulusan segera dalam masa 10 minit.

 

CARA MENGGUNA

Share Trading Account

Mohon dan pautkan Akaun Pay&Save/-i anda dengan Akaun Dagangan dan urus portfolio pelaburan anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

 

CARA MENGGUNA

Credit Shield Premier

Lindungi baki tertunggak kad kredit anda hanya daripada RM0.65 sebulan.

 

CARA MENGGUNA

eWasiat/eWill

Menulis wasiat boleh dilakukan dengan serta-merta melalui perkhidmatan dalam talian kami.

 

CARA MENGGUNA

Akaun Junior 3-dalam-1

Mohon secara dalam talian untuk satu-satunya akaun junior yang dilengkapi dengan akaun Simpanan, Kad Debit isi semula dan akaun Deposit Tetap dengan faedah/keuntungan yang tinggi.

 

CARA MENGUNNA

Quick Cash

Dapatkan wang tunai tambahan dalam had Kad Kredit HLB anda. Mohon secara dalam talian untuk kelulusan segera dan terima dana dalam Akaun HLB anda pada hari bekerja berikutnya.
 

CARA MENGGUNA

Pindahan Baki

Mohon untuk memindahkan baki Kad Kredit anda dari bank lain ke Kad Kredit HLB anda
 

CARA MENGGUNA

Flexi Payment Plan

Tukar pembelian besar anda dengan mudah kepada pelan ansuran bulanan yang lebih kecil pada Kad Kredit HLB anda.

 

CARA MENGGUNA

Aktifkan Kad Kredit

Aktifkan Kad Kredit HLB baharu dengan mudah secara dalam talian hanya dari rumah anda sahaja

 

CARA MENGGUNA

Cipta/Tukar PIN

Cipta atau tukar PIN untuk Kad Debit/Kredit anda pada bila-bila masa.

 

CARA MENGGUNA

Laporan Kad Hilang/Dicuri & Penipuan

Sekiranya berlaku kecemasan, anda boleh melaporkan dan menyekat Kad Debit/Kredit anda yang hilang/dicuri dengan segera untuk melindungi akaun anda.

 

CARA MENGGUNA

Beku/Batal Pembekuan Kad Kredit

Anda tersalah letak kad anda? Membekukan atau membatalkan pembekuan secara dalam talian dengan satu ketik dan nikmati ketenangan fikiran.

 

CARA MENGGUNA

Permintaan untuk Meningkatkan Had Kredit

Naikkan had Kad Kredit anda buat sementara waktu dengan kelulusan segera, atau buat permohonan untuk menaikkan had kredit secara kekal.

 

CARA MENGGUNA

Tanya & Tebus Mata Ganjaran

Semak mata ganjaran anda dan tebus untuk hadiah.

 

CARA MENGGUNA

Penggantian Kad Kredit

Minta untuk menggantikan kad anda yang telah hilang/rosak dengan mudah melalui HLB Connect.

 

CARA MENGGUNA

Penetapan Kad Debit

Urus penggunaan Kad Debit dan aktifkan kad anda untuk Transaksi Luar Negara, Debit Auto dan Pembelian Dalam Talian.

 

CARA MENGGUNA

Kemas Kini Maklumat Hubungan

Kemas kini butiran hubungan anda dengan bank.

 

CARA MENGGUNA

Foreign Currency Deposit Feature

Tukar simpanan anda kepada 12 mata wang berbeza pada kadar pertukaran yang kompetitif dan belanja dengan kad debit anda atau keluarkan wang tunai dalam mata wang ini apabila anda mengembara. Ketahui lebih lanjut tentang cara membeli dan menjual mata wang dengan mudah melalui Akaun Pay&Save/-i anda.

 

CARA MENGGUNA

Pembaharuan Kad Debit/-i

Minta untuk memperbaharui kad debit/-i anda yang akan tamat tempoh dengan mudah melalui HLB Connect 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh sebenar dan kad akan dihantar ke alamat anda.
 

 

CARA MENGUNNA

Perkhidmatan Kad Debit Junior

Permohonan, pengaktifan atau pembaharuan Kad Debit Junior untuk anak anda boleh dibuat dengan mudah melalui HLB Connect Online.

 

CARA MENGUNNA

Pengecualian Yuran Kad Kredit

Nikmati pengecualian yuran Kad Kredit dengan memohon di HLB Connect Online.

Pelanggan yang mempunyai kad kredit yang layak dan telah memenuhi kriteria akan melihat butang ‘Apply For Waiver’ apabila mereka log masuk.

 

CARA MENGUNNA

Pemberitahuan Perjalanan Luar Negara

Beritahu bank tentang perjalanan ke luar negara anda untuk mengelakkan gangguan penggunaan kad kredit.

 

CARA MENGGUNA

Bayaran Balik Lebihan Pembayaran

Terlebih bayar untuk kad kredit anda? Dapatkan bayaran balik sehingga RM1,000 terus ke dalam akaun HLB anda, atau bayar ke kad kredit HLB anda
 

CARA MENGGUNA

Penggantian Kad Debit/-i


Minta untuk menggantikan kad anda yang telah hilang/rosak dengan mudah melalui HLB Connect.

 

CARA MENGUNNA

Aktifkan Kad Debit/-i

Aktifkan kad baharu anda dengan mudah melalui HLB Connect supaya anda boleh mula menggunakannya.

 

CARA MENGGUNA

Pautkan Akaun Pilihan Anda dengan Kad Debit/-i

Jika anda mempunyai lebih daripada satu Akaun Semasa atau Simpanan/-i, anda boleh memautkan akaun pilihan anda dengan mudah ke kad anda untuk membiayai pembelian runcit anda, pengeluaran ATM dan pembayaran kad.

 

CARA MENGGUNA

Tetapkan Had Transaksi Kad Debit/-i

Anda boleh menetapkan had harian untuk pembelian dalam talian, pembelian runcit tempatan dan luar negara, pengeluaran ATM dan had pemindahan ATM untuk kad debit anda melalui HLB Connect dengan mudah.

 

CARA MENGGUNA

Urus Tetapan QR Pay

Jika anda mempunyai lebih daripada satu Akaun Semasa atau Simpanan/-i, anda boleh menetapkan akaun pilihan untuk membuat dan menerima pembayaran QR.

 

CARA MENGGUNA

Had Transaksi

Tetapkan had transaksi harian anda yang ideal.

 

CARA MENGGUNA

Bahasa Aplikasi

Pilih bahasa pilihan untuk HLB Connect App anda.

ID DuitNow

Urus ID DuitNow anda melalui HLB Connect untuk menerima wang menggunakan ID yang mudah diingat - Nombor telefon bimbit/ MyKad/ Pasport/ Nombor Pendaftaran Perniagaan

 

CARA MENGGUNA

Tema & Pintasan Aplikasi

Pilih antara tema terang atau gelap dan pilih pintasan untuk ciri kegemaran anda

CARA MENGGUNA

Urus tetapan Pocket Connect App anak anda dengan mudah melalui HLB Connect Online.

Anda boleh mengisi wang saku ke dalam kad debit mereka, meluluskan permintaan wang saku mereka, memberikan mereka tugas untuk mendapatkan wang saku, memantau transaksi kad debit mereka dan banyak lagi.

 

Cara Mengguna:

Langkah 1: Log masuk ke HLB Connect Online.

Langkah 2: Klik pada 'Pocket Connect' di sebelah kanan menu navigasi atas.

Pengesahan Biometrik

Log masuk ke HLB Connect App dengan pantas dan selamat melalui pengesahan biometrik cap jari atau ID Wajah.

 

AppAuthorise

Ini adalah ciri keselamatan tambahan untuk membenarkan pembayaran atau pemindahan yang dilakukan pada HLB Connect Online / App yang dahulunya memerlukan SMS TAC.

 

CARA MENGGUNA

Pengikatan Aplikasi

Ini adalah ciri keselamatan tambahan untuk memastikan butiran log masuk anda hanya boleh digunakan untuk mengakses HLB Connect App yang telah dipautkan ke peranti mudah alih anda

 

CARA MENGGUNA

Soalan Keselamatan

Soalan keselamatan bertindak sebagai lapisan tambahan kepada kata nama dan kata laluan untuk mengesahkan identiti anda. Jika sistem mengesan aktiviti yang luar biasa di dalam akaun anda, soalan keselamatan akan digunakan untuk pengesahan identiti.

Peringatan: Pastikan soalan keselamatan anda dan jawapannya tidak didedahkan kepada sesiapa.

 

CARA MENGGUNA

Gambar Keselamatan

Gambar keselamatan membantu untuk mengesah kesahihan skrin log masuk anda. Sebelum log masuk ke HLB Connect, pastikan gambar keselamatan yang ditunjukkan adalah betul sebelum memasukkan kata laluan anda.

Peringatan: Pastikan gambar keselamatan anda tidak didedahkan kepada sesiapa.

 

CARA MENGGUNA

Minta Dokumen Keselamatan

Anda boleh meminta salinan dokumen keselamatan Pinjaman Perumahan/Pembiayaan Hartanah-i anda melalui HLB Connect Online.

 

CARA MENGGUNA

Mulakan Ansuran Awal

Anda boleh meminta untuk mulakan ansuran awal ke akaun faedah/keuntungan Pinjaman Perumahan/Pembiayaan Hartanah-i anda. Ini boleh membantu mengurangkan pembayaran faedah/keuntungan anda.

 

 

CARA MENGGUNA

Tingkatkan Jumlah Ansuran

Anda boleh meminta untuk tambah jumlah ansuran bulanan Perkhidmatan Pinjaman Perumahan/Pembiayaan Hartanah-i anda. Ini boleh membantu mengurangkan pembayaran faedah/keuntungan dan tempoh anda.

 

CARA MENGGUNA

Pengguna HLB Connect boleh melakukan transaksi berikut sehingga had transaksi harian yang ditentukan. 

Contoh: Had Harian Gabungan untuk Pembayaran QR, akaun Pihak Ketiga HLB, DuitNow dan IBG ialah RM50,000 (untuk pengguna HLB Connect berumur 18 tahun ke atas). Jika jumlah nilai transaksi anda daripada mana-mana atau semua jenis transaksi ini telah mencecah RM50,000, anda tidak akan dapat membuat sebarang transaksi daripada kumpulan ini sehingga hari berikutnya. Walau bagaimanapun, anda masih boleh membuat transaksi lain yang tidak berkongsi dengan Had Harian Gabungan, contohnya FPX, Pembayaran Bil, Tambah Nilai Prabayar (Prepaid Reload), dan sebagainya.
 

Had lalai akan ditetapkan untuk semua pengguna. Untuk menaikkan atau menurunkan had ini, sila ikut langkah berikut: 

  • HLB Connect App: Ketik pada ‘Menu’ > Ketik pada 'Tetapan Akaun & Had Transaksi' > Ketik pada 'Had Transaksi' > Ketik pada '+' untuk mengembangkan bahagian yang berkaitan dan mengemas kini had anda dengan sewajarnya

  • HLB Connect Online: Klik pada ‘Settings’ > klik pada ‘Change Online Transaction Limits’

Had Harian Gabungan Jenis Transaksi Had Harian untuk 18 ke atas Had Harian untuk bawah 18

Untuk 18 tahun ke atas: nilai gabungan maksimum daripada semua jenis transaksi ini ialah RM50,000 setiap hari.
 

Untuk bawah 18 tahun: nilai gabungan maksimum daripada semua jenis transaksi ini ialah RM200 setiap hari.

FPX (Had Khusus Peniaga) RM50,000 Tidak terpakai
FPX (Had Khusus Bukan-Peniaga) RM30,000 Tidak terpakai
DuitNow Online Banking/Wallets RM50,000 Tidak terpakai
  Pengeluaran ATM Connect RM1,500 RM100
  Tambah Nilai Prabayar RM200 RM100
  Tambah Nilai Kad Debit Junior RM5,000 Tidak terpakai

Untuk 18 tahun ke atas: nilai gabungan maksimum daripada semua jenis transaksi ini ialah RM50,000 setiap hari.


Untuk bawah 18 tahun: nilai gabungan maksimum daripada semua jenis transaksi ini ialah RM200 setiap hari.

Pembayaran QR (dalam Malaysia)

Had harian maksimum untuk QR Pay ialah RM9,999. Anda boleh menetapkan had anda sendiri sehingga RM250 setiap transaksi untuk QR Pay tanpa pengesahan. Pengesahan dalam bentuk kata laluan atau biometrik akan diperlukan apabila anda melebihi had yang anda tetapkan.

RM9,999
RM200

QR Rentas Sempadan (Cross-Border QR)

Had harian maksimum untuk QR Rentas Sempadan ialah RM9,999. Had ini dikongsi dengan had harian QR Pay (untuk pembayaran QR di Malaysia). Had maksimum setiap transaksi ialah RM3,000.

RM9,999 RM200
Akaun Pihak Ketiga HLB RM50,000 RM200
Pindahan ke bank lain (melalui DuitNow atau GIRO) RM50,000 RM200
Nilai gabungan maksimum daripada semua jenis transaksi ini ialah RM50,000 setiap hari. Pembayaran Bil RM50,000 Tidak terpakai
Pembayaran Runcit Lain (bukan-FPX atau bukan-DuitNow Online Banking/Wallets) RM30,000 Tidak terpakai
Nilai gabungan maksimum daripada semua jenis transaksi ini ialah RM50,000 setiap hari. Langganan ASNB ke Akaun Sendiri/Minor RM50,000 Tidak terpakai
Langganan ASNB ke Akaun Pihak Ketiga RM25,000 Tidak terpakai
 

Pemindahan ke Luar Negara

Had pemindahan untuk transaksi tunggal berbeza mengikut status pemastautin anda, hubungan dengan penerima dan tujuan pemindahan.

Contohnya, Pendidikan, Deposit ke akaun sendiri, dan sebagainya – sehingga RM200,000. Yang Lain-Lain – sehingga RM45,000.

Had maksimum anda bagi setiap pemindahan akan ditunjukkan kepada anda selepas anda memasukkan tujuan pemindahan anda pada halaman transaksi.

RM200,000 Tidak terpakai
  Pindahan HLeBroking RM1,000,000 Tidak terpakai
hlb pocket connect logo

 

Aplikasi Duit Poket Pertama Di Malaysia

 

Tonton video ini untuk melihat bagaimana anak anda boleh mempelajari prinsip bertanggungjawab seperti memperoleh pendapatan, berbelanja dan menabung apabila mereka menguruskan wang saku mereka dengan HLB Pocket Connect App.

 

Dapatkan jawapan lengkap untuk soalan yang sering ditanya di sini.

 

Untuk menggunakan perbankan mudah alih dan perbankan dalam talian HLB Connect, daftarkan

nombor mudah alih dan alamat e-mel anda dengan kami untuk menerima kod keselamatan

yang diperlukan untuk pendaftaran, persediaan aplikasi dan proses penetapan semula.

Kunjungi cawangan HLB kami jika anda belum berbuat demikian.

 

 

 

Perlukan bantuan? Sila tonton video-video berikut:


Cara mendaftar untuk HLB Connect 

 


Anda memerlukan ID Sementara,

Kod HLB Connect (HLB Connect Code) & nombor akaun anda.


Cara untuk menyelaraskan HLB Connect App

 


Anda memerlukan Kod HLB Connect & Kod Pengaktifan Peranti (Device Activation Code).

 


Cara Set Semula HLB Connect

 



Anda memerlukan ID Sementara,

Kod HLB Connect & nombor akaun anda.
 

Panduan Keselamatan

AppAuthorise ialah ciri keselamatan yang diperlukan untuk membenarkan pembayaran atau pemindahan (dilakukan pada Perbankan Dalam Talian/Perbankan Mudah Alih HLB Connect) yang dahulunya memerlukan SMS TAC.

Ciri ini boleh didapati pada Aplikasi HLB Connect.

Ketahui lebih lanjut tentang AppAuthorise dan cara mendayakannya

Kami memperkenalkan Emergency Lock (Kunci Kecemasan) pada 16 Mac 2023, ciri berguna yang anda boleh akses apabila anda mengesyaki bahawa anda telah ditipu atau akses HLB Connect anda telah terjejas.

 

Apabila anda mengaktifkan ciri ini, semua transaksi baharu daripada HLB Connect anda akan disekat (kecuali arahan berjadual/urus niaga berulang yang telah ditetapkan sebelum anda mengaktifkan ciri ini). Anda masih boleh log masuk HLB Connect Online & App anda untuk melihat baki akaun anda. Urus niaga kad kredit atau kad debit/-i anda di luar HLB Connect tidak akan terjejas oleh ciri ini.

 

Sila hubungi kami segera di 03 7626 8899 selepas mengaktifkan ciri ini untuk mendapatkan panduan tentang langkah seterusnya.

 

Kunci Kecemasan tersedia pada HLB Connect App dan HLB Connect Online. Anda boleh mencarinya di sini:

Kunci Kecemasan


Pada skrin log masuk HLB Connect App, ketik ikon ‘Kunci Kecemasan’

Kunci Kecemasan


Di halaman log masuk web HLB Connect Online, klik pada tab ‘Security Reminder’ yang terletak di bahagian atas sebelah kanan

Cooling-Off Period (Tempoh Bertenang) ialah langkah keselamatan yang dipertingkatkan untuk melindungi akaun anda.

Mulai 16 Mac 2023, Tempoh Bertenang akan berkuat kuasa apabila anda melakukan perkara berikut:

 

A. Menyediakan HLB Connect App dan membolehkan AppAuthorise pada peranti baharu

Anda hanya boleh membenarkan transaksi yang menggunakan AppAuthorise selepas Tempoh Bertenang tamat. Masa untuk Tempoh Bertenang akan ditunjukkan kepada anda apabila anda melalui proses persediaan HLB Connect App.

 

B. Menukar had transaksi harian anda kepada had yang lebih tinggi di HLB Connect

Had transaksi baharu anda akan berkuat kuasa selepas Tempoh Bertenang tamat. Walau bagaimanapun, anda masih boleh berurus niaga dalam had transaksi sedia ada.

Masa untuk Tempoh Bertenang akan ditunjukkan kepada anda di halaman Had Transaksi. Jika anda membuat pemintaan untuk meningkatkan had sebelum Tempoh Bertenang yang pertama tamat, pemasa akan bermula sekali lagi.

Pengguna HLB Connect tanpa aplikasi akan dikehendaki membenarkan transaksi mereka menggunakan AppAuthorise sebaik sahaja jumlah pindahan terkumpul melebihi RM5,000 setiap hari.

 

Sebagai contoh:

  • Anda membuat pemindahan bukan kegemaran untuk jumlah RM4,000. Urus niaga ini memerlukan kebenaran menggunakan SMS TAC.
  • Dalam hari yang sama, anda membuat pembayaran bil kegemaran melalui JomPAY untuk jumlah 2,000. Itu akan membawa anda jumlah harian terkumpul kepada RM6,000. Transaksi terakhir ini perlu dibenarkan menggunakan AppAuthorise.

 

Perkara berikut tidak akan menyumbang kepada had terkumpul anda:

  • Muat semula prabayar mudah alih
  • Pembayaran dan pemindahan yang telah ditetapkan sebagai arahan tetap / debit terus


Muat turun Aplikasi HLB Connect dan log masuk untuk mendayakan AppAuthorise. 

Download Connect App QR

Mulai 29 September 2022, hanya satu nombor mudah alih boleh dipautkan kepada seorang pengguna HLB Connect.

Untuk keselamatan akaun anda, sila pastikan nombor mudah alih yang anda daftarkan dengan bank dikemas kini.

Jika anda mempunyai nombor mudah alih baharu, sila kemas kini menggunakan salah satu daripada kaedah ini:

  • Hubungi Pusat Perhubungan HLB kami di +603 7626 8899 (jika anda menetap di luar Malaysia)
  • Lawati mana-mana cawangan HLB yang terdekat dengan anda

Sebagai salah satu langkah keselamatan, mulai September 2022, anda akan dapat mengakses Aplikasi HLB Connect pada SATU PERANTI SAHAJA.

Jika anda mempunyai peranti lain yang sebelum ini dipautkan ke Aplikasi HLB Connect anda, peranti itu akan dialih keluar. Jika anda tidak mempunyai akses kepada peranti anda, sila hubungi Pusat Hubungan HLB kami di +603 7626 8899 untuk mengalih keluar peranti daripada Aplikasi HLB Connect anda.


A. Langkah-langkah untuk memastikan anda berada di laman web rasmi HLB Connect Online 

Apabila anda dihantar ke laman web HLB Connect Online, berikut adalah langkah-langkah untuk mengesahkan bahawa ia adalah laman web rasmi HLB Connect Online. 


Untuk keselamatan anda, pastikan versi pelayar web di peranti anda telah dikemas kini sebelum anda mengakses HLB Connect Online. Pelayar web yang sudah lapuk mungkin mempunyai ciri keselamatan yang lemah dan boleh dieksploitasi oleh pihak yang berniat jahat untuk menjejaskan peranti anda dan mencuri maklumat peribadi serta kewangan anda.

Connect RIB Screen

Langkah 1: 

Klik/ketik pada ikon kunci di bar alamat pelayar web

Connect RIB Screen 2

Langkah 2: 

Klik/ketik pada ‘Sambungan selamat

Connect RIB Screen 3

Langkah 3: 

Pastikan maklumat yang dipaparkan adalah: ‘Sijil Sah’ dan ‘Dikeluarkan kepada: Hong Leong Bank Berhad [MY]

 

Perhatian: Langkah-langkah ini boleh digunapakai untuk pelayar web komputer. Pelayar web yang berbeza mungkin mempunyai variasi dari segi paparan dan tetapan penggunanya dan juga mungkin memerlukan langkah yang berbeza untuk mendapatkan maklumat di atas.

 

B. Langkah-langkah untuk memastikan anda memuat turun HLB Connect App yang betul

Muat turun HLB Connect App hanya daripada gedung aplikasi yang rasmi – Google Play Store, Apple AppStore dan Huawei AppGallery.

JANGAN sesekali memuat turun sebarang aplikasi daripada pautan yang mencurigakan. 

 

Sistem pengendalian mudah alih (OS) yang tidak lagi disokong mungkin sudah tidak dikemaskini dengan ciri-ciri keselamatan terkini. Amat penting untuk anda memastikan OS peranti mudah alih anda dikemas kini untuk melindungi peranti serta data anda.


Sebelum anda memuat turun aplikasi, ikuti langkah-langkah ini untuk mengesahkan bahawa ia adalah HLB Connect App yang rasmi.

Google Play Store
Google Play Screen 1

Langkah 1:

Cari ‘HLB Connect Mobile Banking App’. Ketik pada logo kami.

Google Play Screen 2

Langkah 2:

Tatal ke bawah ke ‘About This App’ dan ketik symbol anak panah.

Google Play Screen 3

Langkah 3:

Tatal ke bawah ke ‘App Info’.

Google Play Screen 4

Langkah 4:

Pastikan ‘Offered by’ menunjukkan ‘Hong Leong Bank Berhad’.

Apple Play Store
Apple Play Store Screen 1

Langkah 1:

Cari ‘HLB Connect Mobile Banking App’. Ketik pada logo kami.

Apple Play Store Screen 2

Langkah 2:

Pastikan ‘Developer’ adalah ‘Hong Leong Bank Berhad’.

Apple Play Store Screen 3

Langkah 3:

Tatal ke bawah ke ‘Information’ dan pastikan ‘Provider’ adalah ‘Hong Leong Bank Berhad’.

Huawei App Store
Huawei App Store Screen 1

Langkah 1:

Cari ‘HLB Connect Mobile Banking App’. Ketik pada logo kami.

Huawei App Store Screen 2

Langkah 2:

Tatal ke bawah ke ‘About this app’ dan pastikan ‘Developer’ adalah ‘Hong Leong Bank Berhad’.


Kami faham bahawa anda mungkin ada soalan mengenai
HLB Connect App serba baharu kami.

Sila rujuk senarai soalan lazim di bawah untuk pertanyaan biasa.

 

S1: Di manakah saya boleh muat turun Connect App?

J1: Anda boleh muat turun Connect App dari  App Store, Google Play atau Huawei App Gallery. Cari “HLB Connect Mobile Banking App” atau layari www.hlb.com.my/app dalam Penyemak Imbas telefon bimbit anda. 

 

S2: Jika saya menggunakan telefon Huawei dengan Huawei AppGallery sahaja, bolehkah saya muat turun Connect App versi Google?

J2: Tidak, anda mesti muat turun Connect App dari Huawei AppGallery. Aplikasi Google yang dimuat turun secara sideload tidak akan berfungsi dengan baik.  

 

S3: Apakah syarat minimum bagi peranti untuk mengakses Connect App?

J3: Telefon pintar anda mesti perlu beroperasi melalui dari iOS 8 ke atas, atau dari Android 4.1.2 ke atas. Anda tidak akan dapat akses Connect App melalui telefon pintar yang dicerobohi atau dibuka kunci. 

 

S4: Bolehkah saya menggunakan Connect App pada tablet?

J4: Connect App hanya boleh digunakan pada Apple iPad pada masa ini. 

 

S5: Sebelum ini saya menggunakan Connect App yang lama, bolehkah saya guna kelayakan log masuk yang sedia ada pada Connect App baru?

J5: Ya, anda boleh menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama pada Connect App baru. Anda juga perlu melakukan penyediaan satu kali pada log masuk pertama anda. 

 

S6: Adakah semua ciri pada aplikasi lama disediakan pada Connect App baru?

J6: Pay Mobile tidak akan disertakan pada Connect App baru. Ketik Menu > Pindahan untuk membuat pindahan dana segera ke akaun penerima atau nombor telefon bimbit. Anda juga boleh menggunakan pintas DuitNow pada skrin log masuk anda.  

 

S7: Bagaimanakah cara untuk melihat gambar keseluruhan akaun saya?

J7: Anda boleh melihat akaun anda dengan segera setelah log masuk ke Connect App baru. Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun, seperti Deposit Tetap, Kad Kredit atau Pinjaman, anda boleh meleret ke kiri untuk melihat perincian akaun.

Untuk privasi tambahan, gunakan butang togol untuk menyembunyikan atau menunjukkan baki akaun anda bila-bila masa. 

 

S8: Selepas melaksanakan satu transaksi, bagaimanakah cara untuk berkongsi resit transaksi saya? 

J8: Anda akan menemui butang “Kongsi” di sudut kanan atas skrin anda. Anda juga boleh ketik Menu > Aktiviti untuk melihat transaksi yang lama, ketik tiga titik untuk melihat transaksi yang tertentu, dan gunakan butang “Kongsi” yang sama melalui cara ini. 

 

S9: Saya menerima dana ketika saya sedang log masuk aplikasi tetapi baki akaun saya tidak menunjukkan dana yang diterima.

J9: Apabila ini berlaku, cuma log keluar dan log masuk semula untuk melihat baki akaun anda yang dikemaskini. 

 

S10: Mengapakah kedudukan tanda koma dan tanda titik pada akaun saya salah? Contohnya MYR2.534,87 dan bukannya MYR2,534.87?

J10: Ini disebabkan oleh tetapan Bahasa peranti anda, disebabkan perbezaan format nombor yang dipaparkan oleh negara/bahasa tersebut. Untuk membetulkannya, sila tetapkan Bahasa peranti anda ke Bahasa Inggeris (UK) atau Bahasa Inggeris (US). 

 

Pendaftaran HLB Connect, penyelarasan app dan tetapan semula nama pengguna/kata laluan

 

 


Cara mendaftar untuk HLB Connect 

 


Anda memerlukan ID Sementara,

Kod HLB Connect (HLB Connect Code) & nombor akaun anda.


Cara untuk menyelaraskan HLB Connect App

 


Anda memerlukan Kod HLB Connect & Kod Pengaktifan Peranti (Device Activation Code).

 


Cara Set Semula HLB Connect

 

 

Anda memerlukan ID Sementara,

Kod HLB Connect & nombor akaun anda.



Melakukan transaksi di HLB Connect


Pemindahan wang ke luar negara bagi jumlah sehingga RM10,000

 


Anda memerlukan nama penerima, alamat, nombor telefon, nama bank & nombor akaun bank.


Pemindahan wang ke luar negara bagi jumlah melebihi RM10,000

 

 

Anda memerlukan nama penerima, alamat, nombor telefon, nama bank & nombor akaun bank.


Pemindahan wang ke luar negara untuk pungutan tunai

 

 

 

Anda memerlukan nama penerima, alamat & nombor telefon mudah alih untuk menerima kod pungutan.