Notifikasi: Diskaun Ihsan untuk Penyelesai Awal
Notifikasi: Diskaun Ihsan untuk Penyelesai Awal
Pelanggan Yang Dihargai,
Berkuat kuasa 1 Jun 2026, Hong Leong Bank dan HLB Islamic akan menawarkan diskaun ihsan kepada pelanggan yang layak yang memilih untuk melunaskan pembiayaan sewa beli kereta kadar tetap Rule of 78 sedia ada mereka lebih awal. Ini bagi memastikan sebarang baki tertunggak semasa penyelesaian awal adalah setanding dengan jumlah jika menggunakan kaedah baki berkurang yang baharu.
Kelayakan
Individu serta perniagaan mikro/kecil dengan rekod pembayaran yang konsisten dan pembiayaan yang ditandatangani sebelum 1 Jun 2026 (atau semasa tempoh peralihan sehingga 31 Mac 2027).
Selepas penyelesaian awal, sila isi [e-Refund Authorisation Form] kami untuk menerima diskaun ihsan anda secara terus ke dalam akaun bank pilihan yang anda namakan.