Perolehan Kumpulan

Perolehan Kumpulan

Group Procurement

PEROLEHAN KUMPULAN

Perolehan Kumpulan di Hong Leong Bank Group (“HLBG”), berusaha mencapai tatacara pembelian bertanggungjawab, iaitu suatu usaha yang mengambil kira saranan nilai, kesan-kesan persekitaran dan kelestarian yang berkait dengan kitar hayat permintaan hujung-ke-hujung.

Kami telah mendigitalkan proses perolehan selari dengan strategi Kumpulan Perbankan. Proses yang diperkemas ini menghendaki pembekal mendaftar dalam talian dan menjalani proses kelayakan pembekal. Hanya pembekal berdaftar yang diluluskan sahaja akan dipelawa untuk turut serta dalam permintaan maklumat, sebut harga, cadangan dan proses tender.

Kami mengalu-alukan pendaftaran daripada pembekal yang menawarkan barangan dan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan harga bersaingan. Pertanyaan daripada pihak Perusahaan Kecil & Sederhana dan Empunya Tunggal sangat dialu-alukan. Setelah berjaya mendaftar, anda akan diterima dalam panel HLBG yang akan menyediakan maklumat perniagaan kepada pembeli. Anda akan lebih memahami jenis dan bidang barangan/perkhidmatan yang ditawarkan dan bersama-sama meneroka peluang-peluang perniagaan.


Untuk pertanyaan, hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.