Hong Leong Bank Sustainability

Menjana Semangat Positif Ke Arah Masa Depan yang Lebih Lestari

Pendekatan & Tadbir Urus Kami untuk Kelestarian

Di Hong Leong Bank, kami menyedari bahawa individu dan syarikat yang bekerjasama dengan kami akan mempengaruhi alam sekitar secara langsung atau tidak langsung. Inilah sebabnya mengapa kami komited untuk mengurus risiko dan impak kami dengan mengintegrasikan pertimbangan persekitaran dan sosial serta tadbir urus yang baik ke dalam aktiviti dan penyelesaian perniagaan kami sementara kami menyumbang untuk masa depan yang lebih baik untuk semua.

Pendekatan dan tadbir urus kami untuk kelestarian dipacu oleh interaksi yang mendalam dan bermakna dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan bahawa semua inisiatif dan polisi kami selaras dengan objektif perniagaan dan konsisten dengan nilai Bank.

Kelestarian Operasi Kami

HLB komited untuk memberikan penyelesaian ESG dan VBI jangka panjang melalui strategi kelestarian kami yang berlandaskan Lima Teras Utama berikut: Berteraskan Digital, Kesediaan Tenaga Kerja, Perniagaan Bertanggungjawab Secara Sosial, Pengurusan Alam Sekitar, dan Pelaburan Komuniti.

Ketahui lebih lanjut mengenai 15 topik penting kami dan inisiatif kelestarian yang telah dimulakan oleh bank dalam menguruskan risiko dan peluang ESG bagi pihak berkepentingan utama yang secara langsung terkesan oleh perniagaan kami.

  • Digital Banking

    Perbankan Digital

  • Cyber Security & Data Privacy

    Keselamatan Siber & Privasi Data

  • Customer Experience

    Pengalaman Pelanggan

  • Talent Attraction, Development & Retention

    Daya Tarik, Pembangunan & Pengekalan Bakat

  • Employee Health & Well-being

    Kesihatan & Kesejahteraan Pekerja

  • Diverse & Inclusive Workforce

    Tenaga Kerja yang Pelbagai & Inklusif

  • Responsible Financing

    Pembiayaan Bertanggungjawab

  • Fair Banking

    Perbankan yang Adil

  • Sustainable Supply Chain

    Rantaian Bekalan yang Lestari

  • Financial Inclusion

    Kewangan Inklusif

  • Good Governance

    Tadbir Urus yang Baik

  • Managing Our Environmental Footprint

    Menguruskan Kesan Alam Sekitar Kami

  • Addressing Climate Impact

    Menangani Kesan Iklim

  • Building Communities

    Membina Komuniti

  • Financial Literacy

    Literasi Kewangan

Pengurusan Risiko Kelestarian Hong Leong Bank

Sejajar dengan perkembangan nilai-nilai perniagaan, kesedaran tentang kelestarian yang ideal dan peranan mereka dalam memastikan daya maju perniagaan jangka panjang kini semakin jelas. Dalam kita meniti perjalanan ini, sangat penting bagi kita untuk melakukan aktiviti perniagaan secara lebih lestari dengan mempertimbangkan kesan kegiatan tersebut terhadap individu, masyarakat dan planet untuk masa ini dan masa akan datang.

Dedikasi dan usaha bank dalam mempromosikan kelestarian baik dalam operasi perniagaan kami dan kepada pelanggan kami, memberikan kami asas untuk memenuhi tanggungjawab kami berkaitan ESG, dan melaksanakannya, sejajar dengan jangkaan pihak berkepentingan, pelabur dan seliaan.

Ketahui bagaimana kami mengurus risiko ESG sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan kami.

Info Lanjut

Rangka Kerja ESG & Polisi dan Laporan Kelestarian Hong Leong Bank

HLB telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan pertimbangan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus dimasukkan ke dalam proses Risiko & Tadbir Urus kami, dan dinyatakan dalam Laporan Kelestarian Tahunan kami.

Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun rangka kerja ESG, polisi & Laporan Kelestarian Tahunan kami.

Klik Di Sini

Kelestarian Dalam Media

Dapatkan berita dan maklumat terkini mengenai Kelestarian Hong Leong Bank.

Info Lanjut