HLB Kelestarian Perniagaan Bertanggungjawab Secara Sosial

HLB Kelestarian Perniagaan Bertanggungjawab Secara Sosial

Perniagaan Bertanggungjawab Secara Sosial

Produk dan perkhidmatan yang kami cipta dan tawarkan merupakan tanggungjawab kami yang lebih meluas sebagai penyedia perkhidmatan kewangan. Pengantaraan kewangan mempunyai implikasi yang besar terhadap ekonomi, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. Di Hong Leong Bank, kami komited di dalam memainkan peranan dan melaksanakan kebertanggungjawapan kami di dalam sistem, oleh itu kami akan terus mengukuhkan integrasi keadilan dan pertimbangan sosial dan alam sekitar ke dalam amalan perniagaan kami.

 

Tema Perniagaan Bertanggungjawab Secara Sosial kami dipacu oleh Topik Material berikut:

Pembiayaan Bertanggungjawab


Pembiayaan Bertanggungjawab

Mencipta dan menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif yang merangkumi aspek ESG dan mengambil kira kemampanan teguh yang menyumbang kepada pertumbuhan komuniti dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, di samping memastikan model perniagaan kukuh.

 

Klik di sini untuk melihat Tadbir Urus dan Rangka Kerja ESG kami bagi pelanggan Perniagaan dan Perbankan Korporat (BCB) dan Runcit (PFS).

Perbankan yang Adil


Perbankan yang Adil

Menawarkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan, saksama dan bertanggungjawab serta mengambil kira kepentingan pelanggan kami dan Bank.

Rantaian Bekalan yang Lestari


Rantaian Bekalan yang Lestari

Memantau dan menilai pembekal kami untuk memastikan mereka mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta memenuhi syarat penilaian ekonomi, sosial dan persekitaran kami sebelum dilantik, dan semasa tinjauan tahunan. Membantu pembekal kami untuk meningkatkan pelan mitigasi mereka terhadap risiko ESG yang dikenal pasti dan pendedahan terhadap risiko tersebut.

 

Klik di sini untuk melihat Panduan Penilaian Perolehan Lestari untuk Rakan Perniagaan

Kewangan Inklusif


Kewangan Inklusif

Usaha untuk menggalakkan dan memfasilitasi literasi kewangan, inklusif dan aksesibiliti perkhidmatan kewangan untuk individu dan perniagaan yang kurang atau tidak mendapat perhatian, mengurangkan kesulitan dalam urusan kewangan dan dengan itu meningkatkan peluang untuk semua.

Tadbir Urus yang Baik


Tadbir Urus yang Baik

Komited dalam menjalankan perniagaan dan operasi kami secara profesional, di samping mengamalkan piawaian etika, integriti dan pematuhan tertinggi. Melabur dalam modal insan, teknologi, dasar dan proses untuk memastikan kerangka tadbir urus yang sesuai untuk tujuan dan kesediaan operasi yang mantap bagi mencegah jenayah kewangan seperti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, penipuan, sogokan dan rasuah.

 

Klik di sini untuk melihat Abstrak Tatakelakuan & Etika kami dan kit maklumat Pencegahan Jenayah Kewangan kami

 

Beberapa inisiatif kami untuk memacu tema Perniagaan Bertanggungjawab Secara Sosial:

 

iStart

 

iStart@HLB direka untuk memperkasakan perniagaan PKS dengan potensi maksimum mereka dengan menawarkan akses kepada penyelesaian keseluruhan PKS kami, termasuk digitalisasi perniagaan anda, sokongan kewangan dan akses tanpa had ke ruang kerja dan acara HLB.

 

Ketahui lebih lanjut tentang about iStart

 

HLB Launchpad

 

HLB Launchpad adalah platform untuk memupuk idea dan bakat baru yang akan mencipta semula cara perbankan kita dan pada tahap tertentu, gaya hidup kita.

 

Ketahui lebih lanjut tentang HLB Launchpad

Untuk pertanyaan, hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.