Soalan Lazim - Pusat Info Pembiayaan Hartanah

Pusat Info Pembiayaan Hartanah

Kadar Asas Standard (SBR) adalah kadar rujukan yang semua bank akan menggunakan mulai 1 Ogos 2022 dalam penentuan harga pinjaman/pembiayaan kadar terapung runcit baharu, pembiayaan semula pinjaman/pembiayaan runcit sedia ada, dan pembaharuan pinjaman/pembiayaan berpusing. SBR berkenaan kepada individu. SBR adalah berpaut hanya pada Kadar Dasar Semalaman (OPR), seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) oleh Bank Negara Malaysia.

Objektif:

  • Mengfasilitasi keputusan polisi dasar monetari dengan efektif.
  • Menggalakkan kadar rujukan yang telus yang membolehkan perbandingan produk pinjaman/pembiayaan merentasi penyedia perkhidmatan kewangan untuk membolehkan pengguna membuat keputusan termaklum.  
  • Memperkukuh amalan yang kukuh dan cekap dalam penentuan harga pinjaman/pembiayaan runcit kadar terapung oleh penyedia perkhidmatan kewangan.

Kadar Asas Standard (SBR) adalah kadar rujukan yang semua bank akan menggunakan mulai 1 Ogos 2022 dalam penentuan harga pinjaman/pembiayaan kadar terapung runcit baharu, pembiayaan semula pinjaman/pembiayaan runcit sedia ada, dan pembaharuan pinjaman/pembiayaan berpusing. SBR berkenaan kepada individu. SBR adalah berpaut hanya pada Kadar Dasar Semalaman (OPR), seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) oleh Bank Negara Malaysia. 

Sebelum 2 Januari 2015

Dari 2 Januari 2015

Dari 1 Ogos 2022

Kadar Pinjaman Asas

Kadar Pembiayaan Asas

 

Pinjaman yang diberikan sebelum 2 Januari 2015 akan terus dirujuk kepada Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate, BLR) atau Kadar Pembiayaan Islam (Islamic Financing Rate, IFR) sehingga pinjaman tersebut matang.

 

 

 

 

 

Kadar Asas

Kadar Asas Islamik

 

Berkuat kuasa 2 Januari 2015, kadar rujukan baharu yang dikenali sebagai Kadar Asas (Base Rate, BR) / Kadar Asas Islamic (IBR) akan digunakan untuk kemudahan pinjaman / pembiayaan  kadar terapung yang baharu untuk pemohon individu.

 

 

 

Kadar Asas Standard

 

Kadar Asas Standard (SBR) adalah kadar rujukan yang semua bank akan menggunakan mulai 1 Ogos 2022 dalam penentuan harga pinjaman/pembiayaan kadar terapung runcit baharu, pembiayaan semula pinjaman/pembiayaan runcit sedia ada, dan pembaharuan pinjaman/pembiayaan berpusing. SBR berkenaan kepada individu. SBR adalah berpaut hanya pada Kadar Dasar Semalaman (OPR), seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) oleh Bank Negara Malaysia.

 

Kadar Asas terdiri daripada dua bahagian, penanda aras kos dana (Cost of Fund, COF) kami dan kos keperluan rizab berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR) yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia. Penanda aras COF kami mencerminkan kos penjanaan dana baru dalam situasi lazim pasaran pembiayaan adalah berdasarkan kadar KLIBOR 3 bulan dan kadar deposit pelanggan.

 

Terma

Konvensional

Islam

Amaun Pinjaman

Tempoh Pinjaman

Tempoh Terikat

Kadar Pinjaman Efektif

RM350,000.00

30 Tahun

Tiada

4.75%

RM350,000.00

30 Tahun

Tiada

4.60%

  1. Bandingkan kadar pinjaman efektif yang dinyatakan oleh institusi-institusi kewangan yang berlainan sebelum membuat pinjaman baharu.
  2. Dapatkan Helaian Pendedahan Produk (Product Disclosure Sheet, PDS) yang mempunyai maklumat kadar pinjaman  efektif dan jumlah pembayaran balik bagi kemudahan pinjaman/pembiayaan yang anda ingin ambil.
  3. Memohon institusi kewangan anda menerangkan faktor-faktor yang akan menyebabkan Kadar Asas Standard berubah.
  4. Jumlah pembayaran balik ansuran bulanan anda akan meningkat atau berkurangan sekiranya Kadar Asas Standard berubah.
  5. Anda juga perlu membuat pengiraan sama ada anda mampu meneruskan membuat pembayaran balik pinjaman sekiranya kadar pinjaman efektif meningkat pada masa hadapan.
Klik di sini untuk senarai fi dan caj yang lengkap, atau lawati mana-mana cawangan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bayaran untuk Premium Insurans Kebakaran/Sumbangan Takaful melalui JomPAY

Peminjam sekarang boleh membuat bayaran untuk Premium Insurans Kebakaran/Sumbangan Takaful daripada mana-mana Bank Akaun Semasa/Simpanan mereka dengan menggunakan Saluran JomPAY seperti

  • Terminal Layan Diri (ATM) atau
  • Perbankan Internet atau
  • Perbankan Mudah Alih
     

Peminjam harus memasukan butiran bayaran yang betul di JomPAY untuk mengelakkan pembayaran ditolak dengan mengikut garis panduan seperti di bawah.
 

Kod Pengebil: 62059
 

Butiran 1: Nombor Akaun Pinjaman/Pembiayaan (11 aksara angka)
 

Jumlah Pembayaran: Berdasarkan jumlah Premium Insurans Kebakaran/Sumbangan Takaful yang ditunjukkan di jadual polisi yang dihantar oleh Penanggung Insurans/Pengendali Takaful.

Soalan Lazim: Pelanjutan Tarikh Kematangan pada Tahun  2015

 

S1Saya mendapati Tarikh Kematangan akaun pinjaman/pembiayaan saya telah dilanjutkan selepas pihak Bank melaksanakan satu penyemakan pada tahun 2015. Mengapakah pihak Bank melanjutkan Tarikh Kematangan akaun saya?

J1: Pada bulan Mei/Jun 2015, pihak Bank telah menyemak akaun pinjaman/pembiayaan anda. Kami mendapati bahawa berdasarkan jumlah ansuran pada masa itu,  akaun pinjaman/pembiayaan anda tidak akan  dapat selesai dibayar dalam tempoh yang tertunggak disebabkan oleh tren BLR/BFR yang semakin meningkat.

 

Oleh yang demikian, berikut adalah pendekatan terbaik yang diambil oleh pihak Bank untuk membolehkan akaun pinjaman/pembiayaan ini selesai dibayar sepenuhnya:

  1. Melaraskan tempoh pembiayaan (tempoh maksimum sehingga 35 tahun).
  2. Tidak melebihi 70 tahun bagi umur untuk peminjam/pelanggan utama/bersama (yang mana lebih muda) pada akhir tempoh yang masih tertunggak.
  3. Menyemak semula jumlah ansuran berdasarkan tempoh pembiayaan yang diselaraskan (jika perlu).

 

Jika dua daripada kriteria pertama dapat dipenuhi, tempoh pembiayaan telah diselaraskan untuk tidak meningkatkan beban kewangan anda yang disebabkan oleh  peningkatan jumlah ansuran yang tinggi.

 

S2: Saya mendapati bahawa tempoh pinjaman/pembiayaan semasa saya adalah melebihi 35 tahun. Adakah saya perlu menjelaskan tunggakan pinjaman/pembiayaan saya sepenuhnya pada tahun yang ke-35?

J2: Tidak. Anda boleh membayar mengikut Tarikh Kematangan Asal.

 

S3:  Apakah Tarikh Kematangan akaun pinjaman/pembiayaan saya jika Tarikh Kematangan Asal saya telah luput?

J3:  Tarikh Kematangan yang Disemak akan terpakai kepada akaun anda. Anda perlu meneruskan pembayaran ansuran semasa sehingga Tarikh Kematangan yang Disemak.

 

S4:   Bagaimanakah Tarikh Kematangan Asal dikira?

J4:   Metodologi pengiraan yang betul untuk mengira Tarikh Kematangan Asal adalah berdasarkan Tarikh Ansuran yang pertama +   Tempoh Ansuran yang diluluskan.

 

Sebagai contoh:

Tarikh Ansuran yang pertama = 01 Jun 2006  

Tempoh Ansuran yang diluluskan (seperti dalan Surat Tawaran) = 25 tahun

Tarikh Kematangan Asal = 01  Mei  2031

(Nota: Perubahan kepada Tarikh Kematangan tidak akan menjejaskan baki tertunggak akaun gadai janji.)

 

S5: Saya mendapati bahawa Tarikh Kematangan saya telah disemak semula. Mengapakah saya tidak menerima surat pemberitahuan daripada pihak Bank pada tahun 2015 bagi memaklumkan kepada saya mengenai perubahan tersebut?

J5:  Tidak ada surat pemberitahuan yang dihantar untuk memaklumkan pelanggan mengenai perubahan Tarikh Kematangan pada tahun 2015. Walaubagaimanapun,  bagi akaun-akaun yang tertakluk kepada semakan ansuran pada bulan Ogos 2015 dan yang seterusnya,  surat-surat pemberitahuan perubahan ansuran telah dihantar kepada pelanggan-pelanggan.

 

S6:  Saya telah menerima Surat Pelanjutan Tarikh Kematangan daripada pihak Bank bertarikh 30 November 2020. Bagaimanakah  saya  boleh memaklumkan kepada pihak Bank mengenai pilihan yang dipilih untuk Tarikh Kematangan?

J6: Untuk akaun Pinjaman/Pembiayaan bagi peminjam/pelanggan bersama atau di bawah nama syarikat, sila bawa borang dan diserahkan kepada cawangan Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank yang terdekat. Untuk peminjam/pelanggan individu di bawah satu nama, anda boleh mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan seperti di dalam surat kami dan juga melengkapkan borang DalamTalian di laman sesawang yang diberikan. 

 

S7: Saya mempunyai lebih daripada satu akaun pinjaman/pembiayaan di bawah nama saya sendiri. Bolehkah saya menghantar lebih daripada satu borang dalam talian?

J7: Ya,  anda boleh. Setiap akaun telah diberikan TAC unik dalam Surat Pelanjutan Tarikh Kematangan yang disediakan kepada anda. Anda dikehendaki memasukkan semula laman sesawang setiap kali selepas menghantar borang dalam talian. Peringatan untuk memasukkan semula laman sesawang sebelum  anda meneruskan semula dari langkah 1 bagi TAC penghantaran akaun-akaun yang lain.

 

S8: Adakah pelanjutan tarikh kematangan akan menjejaskan rekod CCRIS saya?

J8: Tidak, pelanjutan tarikh kematangan ini tidak akan memberi kesan kepada rekod CCRIS anda.

 

S9: Bolehkah saya memendekkan tempoh pinjaman/pembiayaan semasa atau membawa ke hadapan tarikh kematangan akaun pinjaman/pembiayaan saya?

J9: Ya, anda boleh. Sila hubungi kami untuk bantuan dan memohon semakan jumlah ansuran berdasarkan tarikh kematangan pilihan anda.

Sila ambil perhatian bahawa setelah tarikh kematangan disahkan dan diterima oleh anda, sebarang pelanjutan tempoh pada masa hadapan adalah tertakluk kepada kelulusan Penstrukturan & Penjadualan Semula (R&R) di mana ia akan memberi kesan ke atas rekod CCRIS anda.

 

S10: Saya memerlukan maklumat lanjut untuk akaun pinjaman/pembiayaan saya sebelum saya membuat keputusan pada tarikh matang.

J10:  Anda boleh menghubungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank atau  menghubungi Pusat Panggilan kami di
03-76268899 atau Pusat Kutipan Pelanggan di 603-79591888.

Dengan sukacitanya, kami ingin berkongsi dengan anda Piagam Perkhidmatan Gadai Janji, di mana kami telah menggariskan komitmen ke arah menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang lebih tinggi. Piagam ini memberi penekanan kepada nilai-nilai teras berikut:

  1. Kenali pelanggan anda
  2. Perkhidmatan cekap dan menepati masa
  3. Perkhidmatan telus and berbudi pekerti
  4. Perbankan yang mudah dicapai

 

Sila klik di sini untuk melihat Piagam Perkhidmatan Gadai Janji kami yang baru.

MyKNP merupakan usahasama oleh BNM dan AKPK untuk menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada pemohon pinjaman perumahan yang tidak berjaya.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.